Catatan

Thaqif anak ibu

Imej
Tengah siap-siap nak pi kerja.
Thaqif mai bagi tau 'Ibu Thaqif takmau' dengan nada sebak. Ibu melutut tanya dia. ' Kenapa Thaqif takmau pi rumah mak?' Dia dengan nada sebak jawab lagi, ' Ibu Thaqif takmau. Thaqif nak ikut ibu'. Lepas tu asyik ulang, 'Ibu Thaqif takmau'. Ibu sengaja alih perhatian sementara ibu habis bersiap. Ibu suruh dia menyanyi, tanya mengenai aksi-aksi kartun yang dia minat. Perlahan-lahan ibu angkat dia dalam kereta. Bila sampai saja, depan rumah pengasuh. Dia teringat semula dan ulang lagi, ' Ibu Thaqif takmau ', sambil peluk leher ibu kuat-kuat. Dulu senang nak pujuk bila dia takmau ke rumah pengasuh. Lagi 3 minggu nak masuk 2 tahun ni. Thaqif mula tunjuk perkembangan seiring dengan usia dia. Allah, tak kuatnya ibu. Ikut hati, nak saja ibu peluk Thaqif dan cuti hari ni. Tapi nak buat macam mana. Ibu ada tanggungjawab lain juga. đŸ˜­




10 TIP untuk jadi ibu bapa yang terbaik

Imej
Assalamualaikum

Untuk para ibu-ibu tersayang, Dari Prof Muhaya..

Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi parent....dah jadi parent....yang baru jadi parent semula... Sama-sama kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam…

Motor Insurers’ Bureau (MIB)

Imej
Assalamualaikum



Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!
Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?
Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi aku nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)


MIB tu apa? Syarikat insurans ke?
Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.


MIB dapat duit dari mana?
MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.


Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:
1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam d…

MASA

Imej
Assalamualaikum.

Bila tengok ja arkib alahai sedihnya. Tersangat kurang menulis sejak 2016 hingga sekarang. Nampak sangat sibuknya. Dalam 2 tahun ni memang saya sangat-sangat sibuk.

Kerjaya
Urusan rumah
Anak

Tambahan sekarang, Ahmad Thaqif semakin membesar. Semakin mencabar jadinya. Dia dah pandai marah, merajuk, mengamuk, bercakap dan sebagainya. Detik-detik yang penuh dengan cabaran buat ibu.



Tetiba rasa macam respect pada ibu-ibu yang lahirkan anak yang cuma beza setahun. Mesti penat+letih+stress kan. Saya pun adakalanya rasa macam nak pengsan.Ya Allah.

Ok balik pada point asal. Hari ni rasa ada mood untuk menulis sebab nak sharing 1 perkara tentang MASA.

Jadi mak-mak ni tambahan yang berkejaya bukanlah tugas yang mudah. Mana nak make sure rumah sentiasa berkemas, memasak setiap hari untuk suami tercinta, dan melayani ragam anak yang semakin bersambung sel-sel otak dia. Ya Allah. Mana entah dapat kekuatan semua tu.

Bangun seawal pagi, kadang tak sedar dah pukul 7.45pg. Kejap lagi r…

Emosi

EMOSI ni ibarat pasir
Susah nak genggam mesti akan ada yang tercicir

EMOSI ni unik
Ibarat warna, walaupun nampak sama tapi berbeza pandangan

EMOSI susah nak jangka
Sama macam cuaca

Susah nak handle EMOSI
Harap-harap HATI tolong bantu dan terus tenang
Walaupun EMOSI berkocak kencang

Bayi 1 tahun cirit birit

Imej
Assalamualaikum

Hari RABU bersamaan 14/12/2016
Anak ibu Thaqif cirit-birit

Ya Allah susah hatinya.

Jumaat,
Ibu bawak Thaqif ke klinik.

Doktor cakap, takdak ubat untuk hentikan cirit yang sesuai dengan umur Thaqif.

Tapi selagi Thaqif aktif, mahu bermain.
Ibu boleh tarik nafas lega

SEPARUH.

Hari ni hari ke sembilan.
Semoga sayang ibu cepat sembuh.


*guna putik kelapa
*buah ciku



sebagai rawatan alternatif.

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Imej
Assalamualaikum



Saja aje lah nak sharing apa aku rasa time pregnant ni. Memang nampak update tentang pregnancy je kan. Sebenarnya bila tengok 'memori' tahun 2015 ni berapa kerat je yang aku menulis. Memang diakui sejak aku nikah masa agak terbatas. Tambahan pulak dengan kerja yang agak bertimbun kat opis ni ahhhh memang busy lor.

Masuk 26minggu hari tu, bahagian bawah vagina aku agak sakit hingga melarat ke kelengkang. Sampaikan nak berjalan pun tak mampu. Paling terasa time solat dan apabila baring. Perghhh sakitnya nak beralih punggung pun tak mampu. Bila check up dekat KKIA, nurse or doktor cakap perkara normal. Takde benda yang nak dirisaukan.

Oleh kerana kurang berpuas hari dengan jawapan yang nurse or doktor bagi jadi dengan gigihnya aku google. Yelah mana tau kencing kotor ke, baby dah turun ke, uri dibawah ke ... kan?

Dibawah contoh antara simpton yang aku alami (sama macam apa yang aku google) :

Sakit belakang, sakit girdel pelvis atau sakit pada bahagian paha.

Sakit…