Bukan Hidup kalau TAK ADA MASALAH

Adakalanya kita memandang MASALAH ni sebagai beban dalam hidup. Mana tak beban, mandi ingat masalah, makan ingat masalah even nak tidur lagi lah sampaikan tak boleh lena asyik fikirkan masalah. Bagi aku la, MASALAH tu macam UJIAN la. Semua orang study hard semata-mata nak lulus dengan cemerlang time exam kan? So bila kita hadapi masalah, kita pun kena "work hard" untuk selesaikannya. Kita kena fikir dan buat sesuatu. Dugaan ni tak boleh lari. Percayalah, memang tak boleh skip. Macam manapun kita kena hadap juga. So, jangan duduk dan hanya "fikir" saja. Buat la sesuatu beb! Sebenarnya aku dok membebel pasal dugaan ni. Aku memang tengah "bermasalah" ni. Bertimpa-timpa macam tak boleh nak tahan dah.

Senjata yang ampuh dan hebat adalah BERDOA
Sejak akhir-akhir ni, ada saja dugaan yang menerpa dalam hidup aku. Adakalanya rasa dah tak cukup kuat dan tabah nak hadapi. Aku ni ego tinggi la juga. Tak tau macam mana nak cerita dekat orang. Tapi aku bab nak menaip dan mengarang cerita hidup aku. Ha, aku pandailah. Aku suka mencipta kata, meluah rasa yang terpendam. Tapi aku paling benci si licik yang pandai mencipta kata dan memutar fakta ! Melihat dugaan yang Allah jalani ke atas aku hari ini, rasanya tidaklah seberat mana berbanding orang lain. Alhamdulilah, aku still mempunyai orang-orang yang sayangkan aku, cukup fizikal, dan kesihatan mental untuk menanggung dan berdepan dugaan yang diberikan. Aku BERSYUKUR !

Ada juga ada sesetengah dugaan yang Allah berikan kepada kita tak boleh push untuk selesaikan. Kena ambil masa dan kena banyak bersabar. Hari ini, aku mempunyai dua dugaan yang perlu aku selesaikan. Sebuah dugaan tu kena cepat aku selesaikan. Kena take action right now ! Sebuah dugaan lagi, aku kena banyak bersabar memang tak boleh nak push bagi cepat settle. Kena ambil masa sikitlah. Dugaan yang kedua ni, kena slow down dan kena pegang satu prinsip. Kita tidak boleh MENGUBAH sebelum BERUBAH, kerana tidak akan ada apa-apa yang boleh BERUBAH sebelum MENGUBAH.

Tips-tips apabila diberikan ujian.
  • Berdoa dan bersangka baik pada yang MEMBERI UJIAN, Allah SWT
  • Bersabar
  • Usaha cari jalan untuk selesaikan (ikhtiar banyak plan. Kalau boleh biar ada plan A-Z pun tidak mengapa)
  • Ambil masa selesaikan dan jangan cepat berputus asa
  • Cuba lah kongsikan masalah yang kita hadapi dengan orang yang boleh dipercayai. (bagi aku, lebih suka menulis dan mengadu pada Allah)
  • Bandingkan masalah kita dengan yang lain. Ingat ada orang yang lebih berat dugaannya dari kita
Tanam dan patri kata-kata ni dalam hati biar sampai ke akal iaitu :
Firman Allah dalam surah al-Baqarah : 286 
Yang bermaksud : "Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”

Mujur aku ada mak ayah dan en.inspirasi yang selalu bagi dorongan. Orang boleh bagi semangat dengan pendapat ja. Kita ni kena cari jalan sendiri selesaikan. Mungkin Allah bagi aku dugaan ni sebab Dia nak hadiahkan aku sesuatu yang lebih berharga di masa akan datang. In Shaa Allah, aku akan hadapinya dengan SENYUM :)


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang