Kisah mencari rezeki

Alhamdulilah, aku still bernafas lagi pagi ni untuk menjalani rutin harian seperti hari-hari yang berlalu. Bangun pagi dengan SEMANGAT yang baru untuk berdepan masalah semalam. Bangun pagi macam hari-hari biasa. Entah kenapa hari ini, hati aku serba tak kena. Rasa resah, sedih dan penat sangat. Mungkin sebab dah nak sampai time "period" kot. Tanda-tanda pun dah banyak. Hmmm.. stress! Tapi yang best hari ini hari last aku kerja. Esok, CUTI. Yahoooo.

Pagi ini, macam-macam dah berlaku. Masa on the way ke tempat kerja tadi, aku nyaris menjadi saksi kejadian sebuah kemalangan. Apalah apek tu, dah la bawa motor slow boleh pula dia selamba ja straight turn to left ! Nyaris dilanggar tadi. Nasib engkau la apek, kereta tu sempat tekan brek. Kalau tak, hmmmm jalan. Selepas tu, jalan straight jumpa pula lagi satu kemalangan. Ha, kemalangan ni teruk ! Tapi cuma nampak sebuah motor yang hancur berkecai dengan kaca bersepah di atas jalan sahaja. Mangsanya tak nampak pula. Hope mangsa selamatlah, AMIN.



Hari ini, tiba sahaja di office hmmmm... banyaknya paper work nak kena selesaikan. Perkara yang buat aku tension dan benci kena selesaikan paper work "tambahan". Dalam erti kata yang sebenar paper work yang BUKAN KERJA AKU ! Arghhhhh bencinya. Nak kena key-in masuk semua paper in dan kerja yang paling aku benci kena open Purchase Return. Benci, bencinya ! Dah la kena ambil masa yang lama untuk cari DO baru boleh open Purchase Return. Penjelasan, kerja key-in data lansung tidak kena mengena dengan position graphic designer ! Think positif, think positif. SENYUM :) Aku cuma fikir, lagi banyak kerja aku kena buat lagi banyak pengalaman boleh aku perolehi. Hope it will be use in my next career. In Shaa Allah.

So, dalam masa terdekat ni aku belum ada apa-apa planning lagi nak resign dari job aku sekarang. Seronok juga kerja sini walaupun adakalanya kerja banyak. Kira fair la sebab adakalanya aku lansung tak dak kerja nak buat. Tapi kerja graphic ni tak tentu kerjanya. Time customer send banyak artwork nak kena develop, banyak kerja la jawabnya. Sampaikan nak ke toilet pun tak sempat. Untuk, perancangan career aku di masa akan datang mungkin aku akan cari kerja baru selepas Tahun Baru Cina. Kalau ada rezeki nak cari sesuap nasi di company yang besar, kerja 5 hari seminggu, work as purchasing atau sales dan yang paling penting gaji lebih tinggi dari company aku kerja sekarang. Ewah, bukan main lagi perancangan aku kan? Biasalah hidup kena ada target baru boleh maju.

Aku ni kalau membebel pasal kerja memang non-stop. Apapun aku wish untuk diri aku sendiri semoga aku berjaya capai semua perkara yang aku inginkan dan semoga Allah permudahkan segalanya, Amin.


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang