Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Cinta Platonik

Imej
ENTAH la sejak akhir-akhir ni, mood nak menulis makin menjadi-jadi.  Jari-jemari ni seolah-olah tak sabar nak menari-nari di atas keyboard ni.  Apa saja yang terluah di minda mahupun hati akan dirakam menjadi susunan ayat.  Apa yang nak dikongsikan hari ini nak bercerita tentang cinta platonik.  Cinta platonik ni bermaksud, satu perhubungan lebih dari sekadar kawan antara lelaki dan perempuan tapi hubungan ni tak ada unsur tarikan seksual ataupun fizikal.  Kira macam bercinta tak, kawan pun tak lah.


Bagi pendapat aku, susah la kalau lelaki dan perempuan nak berkawan baik.  Mesti tak akan dapat lari dari istilah "jatuh hati".   Sama ada perempuan atau lelaki salah seorang mesti akan jatuh hati.  Tak percaya?  Aku menulis ada fakta bukan sekadar teori ok.  Ah, bohonglah kalau ada yang cakap dia tak kan jatuh hati pada kawan rapat sendiri.  Bayangkan, lelaki dan perempuan tu saling curah-mencurah perasaan.  Keluar pergi mana pun berdua.  Siang malam tak kira masa asyik text, …

Dengar ini, pendapat aku sahaja

Imej
Ayuh dengar ini aku bersenda Tentang cinta yang tak kemana Kau tahu, tak semua cinta sempurna Jangan tertipu dengan  bahagia sementara Kau tak tahu apa yang difikirkannya Entah benar atau palsu semua Jangan nanti kau dah terkena Melara sampai hujung nyawa
Cinta yang ada biar bersederhana Takut kau akan menangis esok lusa Hati manusia sukar diduga Kau tak tahu sejauh mana keikhlasannya Ayat berbunga pemanis kata Bodoh kalau kau "telan" semua Biar angguk "percaya" sahaja Jangan engkau pegang kata-katanya Kelak ditinggalkan menangis bergema Ah, itulah kau mudah terpedaya
Biasalah sedih sekali-sekala Takkan lah nak harapkan bahagia saja Hidup ini banyak dugaannya Usah pertikai apa yang diatur-Nya Jatuh sekali bahagia berganda Jangan kau lupa sertakan usaha Ini hanya harapkan takdir semata-mata Sampai bila kau nak berjaya ? 

Saya bukan suka-suka nak marah!

Imej
Arghhhh tension!  Patutlah, seminggu ni aku asyik nak marah tahap nak telan orang.  Rupanya nak datang haid.  Semua orang tak terkecuali jadi mangsa aku. Entah la susah nak explain perasaan tu macam mana.  Pendek kata, semua jadi serba tak kena dihati dan mata aku.  Rasa geram, cepat tersinggung, marah dan "angin" satu badan.  Tak suka sebenarnya nak marah-marah orang ni.  Kalau ada yang buat aku terasa, aku lebih suka pendam, dan berpura-pura cool.  Kiranya macam penyabarlah. Kononnya! Tapi, bila dah tiba masa nak haid tak payah cakaplah.  Singa pun mengaku kalah. Silap-silap orang pun aku boleh telan.  Pantang ada yang "tercuit" sikit tocang pun serta-merta naik.  Aduh, buruk sungguh perangai.

Sebenarnya, bila tiba waktu nak haid.  Bukan sahaja "angin" tak tentu pasal.  Malahan macam-macam petanda yang ada.  Sakit tulang belakang, sakit perut, loya dan sakit di sekitar payu dara.  Ini disebabkan oleh hormon yang dihasilkan oleh kelenjar ovari.  Penghas…

Solat berbahaya bagi wanita dalam haid tapi sebaliknya bagi yang hamil!

Imej
Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi.  Rehat ternikmat dalam hidup.
Kewajipan yang wujud ini sangat penting bagi manusia. Kerana dengannya kita sentiasa mengingati Nya dan berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah dan manfaat yang banyak sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa?  Ini dia jawapan menurut perubatan.
Sejumlah kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan  seperti solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Namun begitu gerakan seperti ini berbahaya bagi wanita haid. Mengapa?
Ketika wanita bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa…

Nota untuk jiwa

Imej
Dari Haritsa bin Wahab: Aku mendengar Rasulullah berkata .: “Keluarkanlah sedekah sebab akan datang suatu masa dalam hidup manusia dimana ketika seseorang keluar dengan sedekahnya dari satu tempat ke tempat lain tetapi ia tidak menemukan seorang pun untuk menerimanya.”
Dari Abu Dzarr r.a. berkata, "Rasullulah SAW berkata kepadaku;: "Janganlah sekali-kali engkau meremehkan suatu perbuatan baik walaupun hanya menyambut saudaramu dengan muka yang manis"  (HR. Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW, Baginda bersabda.: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam"  (HR. Bukhari-Muslim)
Dari Hudzaifah r.a. berkata, Rasullulah SAW bersabda.: "Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk surga" (HR Bukhari Muslim)
Dari Ibnu Umar r.a. berkata, Nabi SAW bersabda.: "Sejahat-jahatnya dusta adalah bila seseorang mengaku kedua matanya melihat apa yang tidak dilihatnya" (HR Bukhari-Muslim…

Mutiara Kata (Hamka)

Imej
Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya.  Bertambah
luas dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata
hati kita. – HAMKA
Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun
baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam
menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan. – HAMKA
Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling
tinggi. - HAMKA
Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang
berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit.  Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali.  Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak
dapat bangun semula. - HAMKA
Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian.  Akal yang cerdas
adalah termasuk rezeki yang baik.  Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusian
adalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yan…

Aku tahu kau tahu

Imej
Kau tahu semua tentang aku
Kau tahu kisah "aku penunggu cinta hantu"
Kau tahu saat itu yang aku tunggu
Kau juga tahu kisah "aku setia kaku"

Aku tahu kau ragu
Aku tahu kau memang takkan mengaku
Aku tahu kisah "mati tak menunggu aku"
Aku juga tahu semua ini aturan Tuhanku

Kau tahu bukan senang nak mengaku
Kau tahu bukan senang nak berlalu
Kau tahu dimana aku perlu  menunggu
atau kau mahu aku berhenti menjadi "penunggu cinta hantu" ?

Aku mohon kau faham aku
Aku mohon lembutkan hatimu
Aku mohon jangan kau "kurangkan" rasa itu
Aku juga mohon agar kau jangan berlalu

Kau tahu bukan belaian kau yang aku tunggu                                            
Kau tahu bukan kata manis kau yang aku harap berlagu
Kau tahu bukan sikap kau yang buat aku ragu
Kau tahu sedalam mana "kasih" aku bertugu
Kau pasti juga tahu "percaya aku tiada istilah ragu"

Aku tahu pengorbanan kembali menuntut bertalu
Aku tahu kisah itu perlu aku yakin t…

Aib engkau, Aib aku jua

Setiap orang tu ada buat salah. Mana ada manusia yang perfect kan? Tak payahlah nak judge orang sangat. Sebelum nak judge orang make sure diri tu "kemas" dulu. Menilai dan memberi teguran adalah dua perkara yang sangat berbeza ok. Tak salah kalau engkau bagi teguran. Wajib menegur jika ada yang buat salah. Tapi kalau asyik nak menilai buruk baik orang tu, engkau memang bermasalah!

Kisah pulak aku nak hadap manusia yang tak henti-henti mencari aib orang ni. Pelik pun ada sebenarnya. Engkau takdak kerja lain ke atau engkau rasa diri tu bagus sangat? Manusia, manusia. Tak henti-henti dengan mencari pelbagai isu untuk menjatuhkan orang lain. Sekarang ni lagi la canggih. Macam-macam ragam yang ada. Kadang-kadang mistake someone tu dijadikan bahan lawak. Buat parody then post it on youtube. Terbaru, parody tentang "Makan Dalam Toilet". That's not funny ok!

It's ironic these day, when someone make a mistake and the society make fun of them by doing a parody & …

Poligami, madu ke racun?

Imej
Poligami. Asyik terfikir "perkara" ni ja sejak akhir-akhir ni. Ni lah penangan terlalu emo bila baca luahan hati Dayana (1st wife Ashraf Muslim).


"Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..
Terus-terang, "luahan hati dari hati sure akan sampai ke hati".  Madu tu memang la mani…

Hati Itu Milik Siapa ?

Imej
Hati yang kau ada
Warna apa agaknya
Hitam kerana noda
atau putih suci seadanya.

Hati yang kau ada
untuk siapa sebenarnya
Untuk manusia semata
Atau untuk Allah sepenuhnya?

Hati yang kau ada
Kenapa susah nak dijaga
Kerap rasa gelisah dan duka
Oh, engkau memang belum kenal Allah setulusnya.

Hati yang kau ada
Boleh jadi setenang-tenangnya
Dugaan boleh hanya pandang sebelah mata
Itu bila engkau jadikan Allah segala-galanya.

Oh yang bernama Manusia

Imej
Kau tahu , manusia memang suka menghukum .
Adilkah jika mereka menghukum dengan kata-ii hinaan yang berpanjangan ?

Kau tahu , manusia memang suka menghukum .
Sedangkan dosa yang dilakukan hanya Allah yang Maha Mengadili .

Kau tahu , manusia memang suka menghukum .
Adakalanya perkara yang dikatakan "dosa" itu belum tentu sahihnya.

Kau tahu , manusia memang begitu .
Mereka suka "sedekahkan" amal mereka untuk kita yang dihina.

Kau tahu , berhenti bersedih 
"Disana" nanti kau jangan terkejut . Jika kau jadi "kaya" tiba-tiba ..