Aib engkau, Aib aku jua

Setiap orang tu ada buat salah. Mana ada manusia yang perfect kan? Tak payahlah nak judge orang sangat. Sebelum nak judge orang make sure diri tu "kemas" dulu. Menilai dan memberi teguran adalah dua perkara yang sangat berbeza ok. Tak salah kalau engkau bagi teguran. Wajib menegur jika ada yang buat salah. Tapi kalau asyik nak menilai buruk baik orang tu, engkau memang bermasalah!

Kisah pulak aku nak hadap manusia yang tak henti-henti mencari aib orang ni. Pelik pun ada sebenarnya. Engkau takdak kerja lain ke atau engkau rasa diri tu bagus sangat? Manusia, manusia. Tak henti-henti dengan mencari pelbagai isu untuk menjatuhkan orang lain. Sekarang ni lagi la canggih. Macam-macam ragam yang ada. Kadang-kadang mistake someone tu dijadikan bahan lawak. Buat parody then post it on youtube. Terbaru, parody tentang "Makan Dalam Toilet". That's not funny ok!

It's ironic these day, when someone make a mistake and the society make fun of them by doing a parody & post it on YouTube. That's not funny.
 Rasa macam nak ketawa pun ada. Bukan ketawakan parody tu. Ketawakan manusia yang taksub sangat nak dedahkan aib orang. Itu belum masuk lagi bab ungkit-mengungkit, kait-mengkait. Bila someone tu buat salah, dijadikan isu pula dan kaitkan dengan "oh dulu dia ni pun buat salah macam ni. Tapi kenapa tak de orang sibuk nak defend?". Come on la, salah memang tetap salah. Samaada memang dia tahu itu adalah kesalahan dan tetap nak teruskan kesalahan tu atau sememangnya dia tanpa sedar melakukan kesalahan. Tapi, perkara yang lepas tak payah nak ungkit sangatlah.

Eh, ada jugak kesalahan tu sememangnya salah dan dia tahu itu adalah salah tapi tetap nak teruskan. Contoh, mencuri. Tau kan mencuri tu salah, tapi tetap nak buat jugak kenapa? Apapun alasan, salah tetap salah ok.

Paling meluat tahap muntah hijau, apabila ada pula yang mengambil kesempatan atas kesilapan yang pernah someone lakukan dan menjadikan ianya "alat" untuk mengungkit kembali isu lapuk yang dah ternyata berhabuk.Seolah-olah ianya "hint" untuk mencetuskan propa yang sememangnya sengaja dicetuskan untuk mengingatkan kembali tentang kesalahan yang sama pernah dilakukan oleh individu yang berbeza.Seterusnya cuba mencipta pertelingkahan terhadap tindakan yang diambil atau reaksi yang masyarakat berikan berdepan isu tersebut.

Engkau tahu, adakalanya terlalu busy nak dedah aib orang sampai terlupa aib sendiri yang terdedah. Dek kerana rakus mencanang aib orang, aib sendiri yang terpampang. Engkau kena ingat, Allah SWT tu Dia Maha Adil. Macam mana engkau nak sorok pun akan terdedah juga. Kalau ya pun, orang tu pernah buat silap. Tegur dia dengan cara yang berhemah. Jangan sesekali engkau canang pula kisah dia. Berdosa tu. Cuba engkau tanamkan kata-kata ni dalam hati kau, "aibmu, aibku jua" mesti kau akan fikir 10kali nak buka kan?

Fikir-fikirkanlah ni pendapat aku je
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang