Aku tahu kau tahu

Kau tahu semua tentang aku
Kau tahu bukan senang nak berlalu
Kau tahu dimana aku perlu  menunggu
Kau tahu kisah "aku penunggu cinta hantu"
Kau tahu saat itu yang aku tunggu
Kau juga tahu kisah "aku setia kaku"

Aku tahu kau ragu
Aku tahu kau memang takkan mengaku
Aku tahu kisah "mati tak menunggu aku"
Aku juga tahu semua ini aturan Tuhanku

Kau tahu bukan senang nak mengaku
Kau tahu bukan senang nak berlalu
Kau tahu dimana aku perlu  menunggu
atau kau mahu aku berhenti menjadi "penunggu cinta hantu" ?

Aku mohon kau faham aku
Aku mohon lembutkan hatimu
Aku mohon jangan kau "kurangkan" rasa itu
Aku juga mohon agar kau jangan berlalu

Kau tahu bukan belaian kau yang aku tunggu                                            
Kau tahu bukan kata manis kau yang aku harap berlagu
Kau tahu bukan sikap kau yang buat aku ragu
Kau tahu sedalam mana "kasih" aku bertugu
Kau pasti juga tahu "percaya aku tiada istilah ragu"

Aku tahu pengorbanan kembali menuntut bertalu
Aku tahu kisah itu perlu aku yakin tanpa ragu
Aku tahu doa itu sampai ke Tuhanku
Aku tahu takdir itu tak selalu indah buatku
Aku tahu aku perlu lepaskan kisah itu kalau perlu
Aku juga perlu "berhenti dari berlagu

Doa aku agar takdir Tuhan tetapkan menyebelahi aku
Aku yakin kau tahu doaku takkan pernah berhenti menyebut namamu!
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang