Dengar ini, pendapat aku sahaja

Ayuh dengar ini aku bersenda
Tentang cinta yang tak kemana
Kau tahu, tak semua cinta sempurna
Jangan tertipu dengan  bahagia sementara
Kau tak tahu apa yang difikirkannya
Entah benar atau palsu semua
Jangan nanti kau dah terkena
Melara sampai hujung nyawa

Cinta yang ada biar bersederhana
Takut kau akan menangis esok lusa
Hati manusia sukar diduga
Kau tak tahu sejauh mana keikhlasannya
Ayat berbunga pemanis kata
Bodoh kalau kau "telan" semua
Biar angguk "percaya" sahaja
Jangan engkau pegang kata-katanya
Kelak ditinggalkan menangis bergema
Ah, itulah kau mudah terpedaya

Biasalah sedih sekali-sekala
Takkan lah nak harapkan bahagia saja
Hidup ini banyak dugaannya
Usah pertikai apa yang diatur-Nya
Jatuh sekali bahagia berganda
Jangan kau lupa sertakan usaha
Ini hanya harapkan takdir semata-mata
Sampai bila kau nak berjaya ? 

Kau tahu jalan menuju bahagia, tak semudah yang disangka
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang