Cinta Platonik

ENTAH la sejak akhir-akhir ni, mood nak menulis makin menjadi-jadi.  Jari-jemari ni seolah-olah tak sabar nak menari-nari di atas keyboard ni.  Apa saja yang terluah di minda mahupun hati akan dirakam menjadi susunan ayat.  Apa yang nak dikongsikan hari ini nak bercerita tentang cinta platonik.  Cinta platonik ni bermaksud, satu perhubungan lebih dari sekadar kawan antara lelaki dan perempuan tapi hubungan ni tak ada unsur tarikan seksual ataupun fizikal.  Kira macam bercinta tak, kawan pun tak lah.

Ikatan persahabatan takkan mudah terlerai

Bagi pendapat aku, susah la kalau lelaki dan perempuan nak berkawan baik.  Mesti tak akan dapat lari dari istilah "jatuh hati".   Sama ada perempuan atau lelaki salah seorang mesti akan jatuh hati.  Tak percaya?  Aku menulis ada fakta bukan sekadar teori ok.  Ah, bohonglah kalau ada yang cakap dia tak kan jatuh hati pada kawan rapat sendiri.  Bayangkan, lelaki dan perempuan tu saling curah-mencurah perasaan.  Keluar pergi mana pun berdua.  Siang malam tak kira masa asyik text, "gayut".  Lama-kelamaan dah macam belangkas.  Pendek kata, dah serasi dengan diri.  Tak mustahil boleh jatuh hati. Terus-terang ok, aku pun mudah jatuh hati kalau ada kawan lelaki yang caring, penyayang, selalu buat aku ketawa dan pandai ambil hati aku.  Aku yakin, semua perempuan di dunia ni pun sama.  Siapa yang tak tertarik jika ada kawan baik yang ala-ala prince charming gitu.  Walau bagaimanapun, aku percaya masih ada sepasang kawan baik lelaki dan perempuan yang still remain as best friend even dah beranak-piuk.  Kalau ada kawan baik macam tu aku memang respect gila lah. 

Ok masuk pula bab kalau masing-masing dah ada kekasih macam mana pula?  Perlu diingat ya, tak semua orang sependapat dengan kita.  Ada perempuan yang lebih suka berkawan rapat sesama jantina sahaja.  Baginya, jika ada lelaki yang hadir dalam hidupnya, lelaki itu adalah teman, sahabat dan kekasihnya, begitu juga sebaliknya. Sebenarnya tak kira lelaki mahupun perempuan akan cepat terasa jika kekasihnya terlampau mesra dengan lelaki/perempuan lain.  Cukuplah baginya, jika kekasihnya itu menjadikan dia tempat mengadu, bermanja dan segala-galanya.  Perlu diingat lagi sekali, jika kau membiarkan kekasih bersedih kerana kau pada masa yang sama, dia juga mempunyai teman yang boleh kembalikan senyuman di wajahnya. 

BAGI aku, tak salah kalau pasangan aku nak rapat dengan perempuan lain atau terjebak dalam cinta platonik.  Selagi dia tahu nak hadkan perasaan dia dan "mindset" yang dia dah ada aku dan tak kan boleh nak menaruh perasaan kat kawan perempuan dia.  Just go on.  Kawan lah sepuluh kali juta pun aku tak kisah.  Asalkan dia tak abaikan aku.  Ianya akan menjadi salah kalau kau pula ada USAHA untuk dapatkan dia, dan pisahkan dia dengan orang yang sedang bersama dia. Yeah yang tu kalau kau buat, kau dikira pentingkan diri dan tak peduli perasaan orang lain.  Yalahkan kalau dah tahu yang kawan baik kita tu dah ada kekasih tak kan lah nak jadikan "kebahagiaanku, deritamu" pula.  Sikap macam ni alamat nak makan penampar je. 

Sebenarnya, kalau ada yang cakap "oh, kawan baik aku sendiri berjaya bukakan pintu hati yang dah tertutup sekian lama".  Itu aku tak dapat nak sangkal.  Yalah perasaan siapa yang dapat nak duga.  Kadang-kadang tak dapat nak control pun kan?  Tapi kalau sejak mula, kau dah setting mind kau tu yang "kita sekadar kawan" takkan mudah kau nak jatuh hati.  Ya, macam kau kata lah, feelings tu abstrak dan rumit. Kalau kau mampu membuka pintu untuk perasaan itu hadir, kau juga mampu untuk membuka pintu sekali lagi dan biarkan perasaan itu berlalu.  Bila dah buka pintu, pasti boleh buka lagi jika ada daya dan usaha sebenarnya. In case kalau kau rasa perasaan itu sebenarnya tidak perlu hadir dan pasti kau akan berusaha buang jauh-jauh perasaan kau terhadap kawan baik kau sendiri.

Perasaan. Kadang-kadang bukan semua perasaan yang hadir tu sebenarnya perlu.
Mungkin ianya hadir atas dasar keliru.
Mungkin juga kerana kau rasa hati berseorangan dan kau rasa perlu seseorang untuk dicinta dan dirindu.
Bila hati dan rasa terisi, semuanya pergi seperti angin lalu.

Perasaan, mungkin juga hadir disebabkan kau tersilap tafsir layanan dia pada kau.
Bila kau dah tersedar, perasaan tu dengan segera hilang.
Perasaan. Siapa yang tahu?

Benar, berkawan biar beribu bercinta biar satu.  Pegangan tu kalau ada pada kau. Kawan lah sebanyak mana kau mahu.  Aku bukan jenis cepat cemburu.  Sekurang-kurangnya kau tau nilai aku disisimu.

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang