Mutiara Kata (Hamka)

Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya.  Bertambah
luas dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata
hati kita. – HAMKA

Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun
baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam
menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan. – HAMKA

Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling
tinggi. - HAMKA

Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang
berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit.  Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali.  Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak
dapat bangun semula. - HAMKA

Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian.  Akal yang cerdas
adalah termasuk rezeki yang baik.  Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusian
adalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya.  Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. - HAMKA

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi
setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu
adalah berakhir yang baik. - HAMKA

Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab.  Dan kemerdekaan
jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-benda
dan kedudukan yang tinggi. - HAMKA

Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya, sehingga
mempunyai yang lebih baik sempurna. - HAMKA

Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.  Ada
yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung
dengan kemuliaan adab dan budi. - HAMKA

Ilmu pengetahuan makhluk dan ilmu pengetahuan manusia tidak timbul daripada diri
manusia itu sendiri melainkan dilimpahkan oleh Allah dengan kuatkuasanya. - HAMKA



Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun.  Mana yang
tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu
bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita. - HAMKA

Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki
tujuan hidupnya sendiri. - HAMKA

Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan
kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan
kerana memandang enteng. - HAMKA

Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang.  Pelupa
adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas.  Kadang-kadang
seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada
seseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang.  Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara
saja. - HAMKA

Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusia
mempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat. - HAMKA

Ada dua hal utama yang ingin dicapai dalam hidup - satu mendapat
apa yang diinginkan dan kedua, menikmatinya.  Bagaimanapun hanya
orang yang bijak yang berjaya mencapai tujuan kedua. - HAMKA

Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka
berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut
pekerjaan itu. - HAMKA

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang.  Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk
sementara saja. - HAMKA

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya.  Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang
dicapai. - HAMKA

Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidak
berguna. - HAMKA

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.  Pergaulan membentuk kepercayaan dan
keyakinan.  Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan
orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat
daripadanya. - HAMKA

Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan
dan rintangan yang besar.  Kebesaran halangan dan rintangan itu
adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

 
Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman yang kuat akan menambah baik
dan tinggi mutu amalan. – HAMKA

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang