Poligami, madu ke racun?

Poligami. Asyik terfikir "perkara" ni ja sejak akhir-akhir ni. Ni lah penangan terlalu emo bila baca luahan hati Dayana (1st wife Ashraf Muslim).


"Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..
Terus-terang, "luahan hati dari hati sure akan sampai ke hati".  Madu tu memang la manis bagi kaum adam tapi, pahit + kelat + racun bagi kaum hawa. Tak boleh nak bayangkan kalau aku terpaksa bermadu. Tapi kalau itu dah takdir yang Allah tetapkan buat aku, akan berusaha terima dengan redha. Apapun minta dijauhkanlah.

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang