Saya bukan suka-suka nak marah!


Cepat marah adalah sinonim dengan perubahan emosi ketika datang haid

Arghhhh tension!  Patutlah, seminggu ni aku asyik nak marah tahap nak telan orang.  Rupanya nak datang haid.  Semua orang tak terkecuali jadi mangsa aku. Entah la susah nak explain perasaan tu macam mana.  Pendek kata, semua jadi serba tak kena dihati dan mata aku.  Rasa geram, cepat tersinggung, marah dan "angin" satu badan.  Tak suka sebenarnya nak marah-marah orang ni.  Kalau ada yang buat aku terasa, aku lebih suka pendam, dan berpura-pura cool.  Kiranya macam penyabarlah. Kononnya! Tapi, bila dah tiba masa nak haid tak payah cakaplah.  Singa pun mengaku kalah. Silap-silap orang pun aku boleh telan.  Pantang ada yang "tercuit" sikit tocang pun serta-merta naik.  Aduh, buruk sungguh perangai.

Sebenarnya, bila tiba waktu nak haid.  Bukan sahaja "angin" tak tentu pasal.  Malahan macam-macam petanda yang ada.  Sakit tulang belakang, sakit perut, loya dan sakit di sekitar payu dara.  Ini disebabkan oleh hormon yang dihasilkan oleh kelenjar ovari.  Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.  Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.  Pada masa yang sama, hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh.  Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit. Ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit. Termasuklah emosi!

Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.  Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi.  Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.  Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.  Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit.  Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau mengalami kemurungan.

Oh jerawat
 Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.  Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.  Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.  Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.  Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.  Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku.  Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.  Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.  Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan, jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif. 

Sebenarnya, bukan senang nak "control" emosi sendiri.  Ingat suka-suka nak marah atau serba tak kena dengan orang ke?  Silap-silap hari bulan makan "kasut" jawabnya.  Hati-hati, sebenarnya perubahan emosi juga boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami :
  • Kesedihan 
  • Lebih sensitif
  • Menangis lebih daripada biasa
  • Mudah tersinggung
  • Rasa berdebar-debar
  • Perasaan putus asa
  • Tidak boleh memberi tumpuan
  • Gangguan ingatan 
  • Perasaan bersalah
  • Rutin harian terganggu
  • Fikiran bercelaru
  • Sukar tidur
  • Cepat marah
  • Pelupa

Oleh itu jangan mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba.  Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya. Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.  Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita.  Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka. Bersabarlah ye! :)

Namun, usah khuatir setelah  habis tempoh haid, wanita anda akan kembali
seperti biasa.  Yehaaa.
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang