Dunia Islam Kini

TERLIHAT  di  sebalik  tabir,  kisah  yang  merutun  jiwa.  Ramai  yang  lebih  peduli  akan  hiburan  dan  kisah  hidup  artis  berbanding  apa  yang  terjadi  dengan  saudara-saudara  Islam  kita  di  tanah  bergolak  Palestin,  Syria,  Mesir,  dan  negara-negara  lain.  Sedih  memang  menyedihkan,  apabila  saudara  Islam  di  sini,  dan  di  luar  sana  yang  masih  bersikap  tidak  ambil  tahu  tentang  nasib  suadara  Islam  kita  yang  ditindas,  dibunuh  dengan  kejam,  dan  diperlakukan  seperti  mereka  tidak  mempunyai  "jiwa". 

Sepatutnya  tanda  ini  menyedarkan  kita  semua.  Betapa  ajaran  Rasulullah  sallAllahu  `alaihi  wa  sallam  yang  menyuruh  kita  untuk  saling  berkasihan  telah  semakin  pudar.  Sebab  itulah  kita  kehilangan  rasa  peka  terhadap  nasib  yang  menimpa  saudara  seaqidah  kita.  Dan  keadaan  ini  mununtut  kita  agar  ia dipulihkan  semula .

Malangnya,  pelbagai  alasan  yang  diberikan  oleh  mereka  untuk  tidak  mengambil  tahu  tentang  dunia  Islam  masa  kini.  Sekiranya,  dapat  dikumpulkan  segala  tok  nenek  hujah  dan  alasan  yang  mereka  berikan  sudah  pasti  dapat  menandingi   peluru  yang  musuh  gunakan  untuk  menghancurkan  saudara  Islam  kita.  Ternyata  "jiwa  dan  hati"  akan  hancur  jika  mendengar  hujah  mereka  yang  bersifat  seperti  "duri  dalam  daging".

"Buat  apa  nak  ambil  tahu  pasal  diaorang.  Jaga  dulu  hal  kita."  

"Alaa,  kalau  ambil  tahu  sangat  pun  kita  tak  boleh  buat  apapun.  Macamlah  kau  boleh  ke sana."

"Hal  negara  diaorang  biar,  menteri  diorang  yang  uruskan.  Setiap  negara  ada  pemimpin  kan?"

Kehilangan  prihatin  dan  perasaan  terhadap  keadaan  buruk  yang  menimpa  ke  atas  ummat  Islam  di  sekeliling  kita  samada  di  dalam  atau  di  luar  negara  menunjukkan  kepada  kita  betapa  sepinya  perasaan  berkasih  sayang  sesama   ummat  yang  beriman  kepada  ALLAH  SWT.  Kita  tidak  boleh  menjadikan  “tidak  tahu”  sebagai  alasan.  Berita  mengenai ummat  Islam  di  seluruh  dunia  hendaklah diambil  tahu.  Apatah  lagi  zaman  ini  adalah  zaman  internet,  zaman  Facebook/Twitter.  Maklumat  cukup   bebas  boleh  diperolehi. 


Tidak  cukup  dengan  ambil  tahu,  hendaklah  kita susulinya  dengan  berdoa  kepada  ALLAH  semoga  ummat  Islam  di  seluruh   dunia  diberikan  keampunan,  dikuatkan  kesabaran,  ditetapkan  iman,  dikurniakan  hidayah  dan  taufiq  oleh  ALLAH  serta  diberikan  pertolongan  olehNYA.  Tambahan kepada  itu,  hulurkanlah  sumbangan  mengikut  kemampuan   masing-masing  samada  dalam  bentuk tenaga,  harta,  wang,  penyebaran  maklumat  atau  dalam bentuk-bentuk  lain  yang  bermanfaat.  Itulah  antara  usaha  minima  yang  boleh  kita  lakukan.


“Ambil tahu – Doa – Sumbang”

حسبنا الله ونعم الوكيل

Cukuplah  bagi  kami  ALLAH  dan  DIA  lah  sebaik-baik  diserahkan  urusan.

Kelihatan  tentera  Zionist  menahan  beberapa  lelaki  Palestin



Remaja  ini  kelihatan  begitu  sedih  apabila  tempat  tinggalnya  musnah  dibedil  rejim  Zionist


Kanak-kanak  Syria  yang  menerima  rawatan 



Ini adalah gambar masjid yang terkenal pada satu ketika dahulu di Syria (Great Umayyad Mosque) yang terletak di Aleppo.


Gambar ini menunjukkan seorang Syuhada menyebut "Lailahailallah Muhammadur Rasulullah" dan menunjukkan isyarat syahadah dengan jarinya. Dia dibunuh oleh serangan bom jet pejuang di Aleppo.


Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama (baca : satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir.



Inikah  yang  rakyat  Mesir  mahukan ?



Seorang Pengantin perempuan menangisi kesyahidan pasangannya dianggap sebagai gambar paling menyedihkan. (Mesir)



3 orang ni adalah tahanan politik. Pihak tentera mendakwa mereka mati tercekik gas. Hakikatnya mereka mati dalam penyembelihan dan kemudian dibakar. (Mesir)



Hasbunallahuwa  nikmal  wakil!
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang