Impian orang biasa


Aku  cuma  ingin  jadi  orang  biasa ,
Masak  makanan  kegemaran  kita ,
Sediakan  semuanya  untuk  kau  sebelum  pergi  kerja ,
Mandi  dan  susukan  cinta  hati  kita ,
Rapikan  diri  untuk  kau  pandang  aku  manis  sentiasa , 
Aku  ingin  kau  ketawa ,  menangis  hanya  kita  berdua ,
Jatuh  dan  bangun  kita  bersama ,
Aku  ingin  kau  imamkan  solat  bersama-sama  cinta  hati  kita ,
Fitrah  kau  diguna  untuk  lindungi  keluarga  kita ,
Akal  yang  Allah  kurnia  untuk  kau  didik  aku  menjadi  ketua  bidadari  syurga ,
Aku  ingin  punya  sebuah  keluarga  kecil  yang  bahagia ,
Sebelum  ajal  aku  tiba ,  izinkan  aku  tidur  berbantalkan  lengan  kau  sampai  tiba  masa ,
Aku  cuma  orang  biasa  yang  punya  impian  untuk  rasa  bahagia ,
Aku  cuma  ingin  yang  sederhana ,
Menyintai  aku  sebagai  surimu  seadanya ,


*************

Tapi  sayangnya  niat  kita  tak  senada ,
Jika  hati  dan  jiwa  kita  berbeza  tak  mungkin  haluan  kita  sama .

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang