Kad jemputan perkahwinan simple

Alhamdulilah ,  tak  sabar  rasanya  menunggu  tarikh  keramat  21hb  December  2013 . Buat  julung  kalinya  akan  diadakan  majlis  perkahwinan  di  rumah  En  Ahmad .  Iaitu  hari  bersejarah  buat  adik  aku  Suri  dengan  pilihan  hatinya ,  Firdaus.  Sungguh  aku  mendoakan  agar  segalanya  berjalan  dengan  lancar  dan  meriah  seperti  yang  diharap-harapkan . Doaku  buat  kedua-duanya ,

Ya Allah Ya Latif Ya Rahman Ya Rahim

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan mereka suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat mereka di dunia dan di akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin.


Ha ,  perkara  pertama  yang  aku  sumbangkan  untuk  adikku  adalah  dengan  menguruskan  kad  jemputan  perkahwinannya .  Ini  termasuklah  dari  segi  design ,  printing  dan  sehingga  proses  folding.  Ini  adalah  percubaan  pertama  dalam  men"design"kan  kad  jemputan .  Aku  menggunakan  software  corel  draw  dalam  membuat  artwork .  Yalah ,  aku  ni  bukan  profesional  designer .  Tak  pandai  dalam  menggunakan  software  Adobe Photoshop  ,  Adobe  Illustrator ,  bagai .  Setakat  biasa-biasa  tu  boleh  la . hehe

Ni  contoh  design  kad  jemputan  hasil  air  tangan  aku ,
Isi   kandungan  kad  jemputan

Contoh  design  untuk  muka  depan  kad (pilhan  Suri yang sebelah kiri ,  mak/ayah  yang  tengah)


Contoh  design  untuk muka  depan

Nak  tau  tak  macam  mana  aku  dapat  kerawang-kerawang  tu ?  Nak  tahu ?  Klik  sini
 
Part  yang  susah  sikit  time  nak  buat  pelan  ke  majlis  perkahwinan (maps) .  Cari  dan  cari  dekat  en. google  pun  tak  dapat-dapat .  Ada  pun  cuma  tips  je .  So ,  perkara  paling  mudah .  Balik  rumah  cari  kad  jemputan  perkahwinan  kawan  sekampung .  Scan ,  pastu  lukis  outline  dan  ubah  suai  mana  perlu .  Tadaaaa ,  inilah  hasilnya .
Pelan  ke  lokasi  majlis
So ,  dah  selesai  satu  part .  Ha  memang  ni  kad  kenduri  bajet  je (1 warna) .  Atas  permintaan  pengantin ,  kad  yang   akan  digunakan  adalah  jenis  kad  uncoated (tebal)  dan  berwarna  pink . (nanti  dah  siap  cetak  aku  akan  update)

Dalam  sibuk  urus  dan  bantu  mana  perlu  untuk  hari  bahagia  adik aku ,  hati  terdetik  juga .  Aku ?  Bila  pula ?  Mungkin  Allah  masih  mahu  aku  tunggu  dulu ..
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Sijil SKM hilang