50 Fakta Tentang Kita (manusia)

Assalamualaikum .  Hari  ni  macam  biasa ,  online  facebook  sambil  stalk  apa  aktiviti  membe - membe  kat  fb  tu   ( orang  sekarang  nak  tau  perkembangan  kawan - kawan  melalui  fb je )  terpandang  satu  entri  yang  bagus  untuk  di kongsi  bersama  +  search  kat  encik  google  sikit.  Ilmu  buat  aku  juga  sebenarnya .


Meh  pakat - pakat  baca  :

                                     50 Fakta Menarik Tentang Manusia

1. Mata  wanita  akan  berkelip  lebih  dua  kali  ganda  daripada  lelaki .

2. Seseorang  akan  lebih  tinggi  1cm  pada  waktu  pagi  dan  petang  berbanding  waktu  malam .  Ini adalah  disebabkan  lapisan  tulang  rawan  pada  bahagian  sendi  akan  terbuka  pada  waktu  siang .

3. Dianggarkan  sebanyak  550  helai  rambut  pada  bahagian  bulu  mata .

4. Kebanyakan  zarah  debu  dirumah  adalah  hasil  daripada  kulit  mati  anda .


5. Seorang  bayi  lahir  tanpa  tempurung  lutut .  Ia  akan  mula  terbentuk  ketika  dia  berusia 2-6  tahun .


6. Tubuh  anda  menghasilkan  dan  membunuh  15  juta  sel  darah  merah  pada  setiap  saat .


7. Secara  purata ,  manusia  menghasilkan  10,000  galon  air  liur  sepanjang  hidup  mereka .


8. Jari  paling  sensitif  untuk  manusia  adalah  jari  telunjuk .


9. Berat  badan  manusia  adalah  40  kali  ganda  daripada  berat  otak .


10. Sekiranya  makan  terlalu  kenyang ,  pendengaran  anda  akan  semakin  tidak  jelas .  ** + jadi malas


11. Dianggarkan  seseorang  akan  menelan  sebanyak  295  kali  ketika  makan  malam.


12. Air  kencing  anda  akan  berwarna  kuning  cerah  sekiranya  banyak  memakan  ulam - ulaman .


13. Tenaga  yang  dilepaskan  sekiranya  1  billion  orang  melompat  pada  masa  yang  sama  adalah  dianggarkan  separuh  daripada  tenaga  nuclear .


14. Purata  bayi  akan  lahir  didunia  adalah  selang  7  saat .


15. Seseorang  dianggarkan  bernafas  10  juta  kali  setahun .


16. Pada  ketika  ini ,   jumlah  orang  yang  hidup  adalah  lebih  banyak  daripada  orang  yang  telah  mati .


17. Tubuh  manusia  lebih  sesuai  untuk  tidur  selama  4  jam  2  kali  sehari  berbanding  daripada  tidur lapan  jam  sekali sehari.


18. Dianggarkan  janggut  seorang  lelaki  mengandungi  antara  7,000  hingga  ke  15,000  helai  rambut .


19. Janggut  lelaki  akan  tumbuh  sekitar  140 mm   setiap  tahun .


20. Rambut  adalah  70  peratus  lebih  mudah  untuk  dipotong  ketika  direndam  dalam  air  suam  selama  dua  minit .


21. Tulang  paling  keras  pada  tubuh  manusia  adalah  tulang  rahang . ** yang  sampai  patah  rahang  tu , memang  sakit  gila  la  kan ?


22. Diameter  rambut  wanita  adalah  separuh  daripada  diameter  rambut  lelaki .  ** patut  rambut  lelaki  kasar


23. Kaki  adalah  bahagian  tubuh  yang  paling  sering  digigit  oleh  serangga .


24. Kuku  yang  paling  cepat  untuk  tumbuh  adalah  kuku  jari  hantu .


25. Otot  paling  kuat  pada  tubuh  manusia  adalah  lidah .  ** WOW


26. Manusia  pertama  kali  dijangkiti  virus  HIV  pada  tahun  1930 - an .


27. Jika  semua  saluran  urat  darah  dalam  tubuh  manusia  dicantumkan  ia  boleh  meliputi  Jalan  Raya sepanjang  96,000  Kilometer .

28. Saraf  ditubuh  badan  manusia  dapat  menghantar  impuls  kira - kira  90  Meter  sesaat .

29. Jika  usus  kecil  manusia  dibelah  dan  dicantum - cantumkan ,  ia  boleh  memenuhi  kawasan  seluas 9.2  Meter  persegi .

30. Manusia  akan  hilang  sebanyak  50  Peratus  deria  rasa  pada  usia  60  tahun .

31. Setiap  langkah  kehadapan  anda  terpaksa  menggerakkan  54  otot  dalam  tubuh  badan .

32. Orang  lelaki  mudah  mendapat  buta  warna ,  10  kali  ganda  berbanding  wanita .

33 . Manusia  bernafas  kira-kira  23,000  kali  dalam  tempoh  24  jam .

34. Apabila  seseorang  bercakap ,  secara purata  300  titisan  air  liur  akan  keluar  dalam  tempoh  seminit ,  iaitu  kira - kira  2.5  titisan  bagi  satu  perkataan .

35. Secara  purata  seseorang  itu  minum  8,000  gelen  air  sepanjang  hidupnya .  


36. Manusia  hanya  menggunakkan  10  peratus  daripada  otaknya  untuk  berfikir .  

37. Badan  manusia  mengandungi  sulfur  yang  cukup  untuk  membunuh  kutu  anjing ,  karbon  untuk membuat  9,000  batang  pensel ,  potassium ,  lemak  untuk  membuat  7  ketul  sabun ,  fosforus  untuk  membuat  2,200  batang  kepala  mancis  dan  air  untuk  mengisi  tangki  sebanyak  37  liter . 

38. Jika  anda  terkurung  didalam  bilik  yang  kedap  udara ,  anda  akan  mati  kerana  keracunan  karbon  dioksida  bukan  kerana  kekurangan  oksigen  seperti  yang  disangkakan . 

39.  Mata  bayi  tidak  menghasilkan  air  mata  sehinggalah  berusia  sekitar  6  hingga  8  minggu .

40. Kecepatan  batuk  adalah  96.5  kilometer  sejam .


41. Apabila  kita  menyentuh  sesuatu ,  kita  menghantar  message  ke  otak  kita  pada  kelajuan  124  batu  per  jam  . 

42. Telinga  manusia  boleh  mengesan  ratusan  ribu  jenis  bunyi  yang  berbeza . 

43. Jantung  kita  berdenyut  kira-kira  100 000  kali  setiap  hari .

44. 80%  daripada  diri  kita  adalah  air .

45. Sebelah  kiri  badan  anda  dikawal  oleh  sebelah  kanan  otak  anda  sementara  yang  sebelah  kanan
 dikawal  oleh  sebelah  kiri  otak  anda .


46. Otak  menggunakan  lebih  daripada  suku  oksigen  yang  digunakan  oleh  badan  manusia 

47. Perempuan  mempunyai  75  %  lebih  banyak  kelenjar  keringat / peluh  ( yang  menghasilkan  bau  badan )  daripada lelaki .

48. Hanya  manusia  yang  boleh  mengeluarkan  air  mata  kerana  pengaruh  perasaannya .  **Haiwan  yang  mengeluarkan  air  mata ,  kerana  alasan  fisiologis  misalnya  iritasi  mata  

49. Setiap  hari ,  darah  manusia  melakukan  perjalanan  sejauh  96.540  km  di  dalam  tubuh  manusia .

50. 
Anda  tidak  dapat  menggeletek diri  anda  sendiri .  ** cercuba ! hehe



Manusia  memang  sebaik - baik  ciptaan . 

"Dan  di  bumi  itu  terdapat  tanda - tanda  (kekuasaan Allah)  bagi  orang - orang  yang  yakin ,  dan  (juga)  pada  dirimu  sendiri .  Maka  apakah  kamu  tiada  memperhatikan ? "
(Surah  Az - Zariyat  :  ayat  20 - 21)
*****
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang