Jom sihat sama-sama

Assalamualaikum wbt.   Sejak  dua  menjak  ni  badan  aku  rasa  "semacam".  Sakit  sana  sakit  sini.  Kepala  pulak  dah  dekat  seminggu asyik  sakit  je.  Bukan  nak  mengeluh.  Aku  sedar  sakit  tu  "dugaan/ penghapus  dosa"  buat  aku.  Sebenarnya,  bila  duduk  sorang-sorang  sempat  jugak  muhasabah  diri.  "Ape  la  yang  tak  kena  dengan  aku  ni?"..  Sedikit  sebanyak  terpukul  jugak  dengan  teguran-teguran  orang  yang  sayangkan  aku.  Faktor  utama  yang  banyak  bawak  penyakit  ni  adalah  faktor  pemakanan.  Aku  ni,  kalau  bab  makan  "emmmmm"  sedap  ajelah. 


Haa,  inilah  masalah  utama  aku.  Dah  semuanya  sedap  apalagi,  badan  pun  "sedap".  Dah  badan  pun  "sedap",  penyakit  pun  datang  yang  "sedap-sedap"  lah. Aku  baru  berusia  23tahun.  Memanglah  mati  tak  kenal  usiakan?  Tapi  aku  kena  buat  sesuatu  sebelum  datang  penyakit  yang  lebih  memudaratkan.  InsyaAllah..




Actually ,  banyak  jugak  tips-tips  kesihatan  yang  boleh  dapat  kat  google  ni .  So  apalagi  meh  aku share  dan  sihat  sama-sama .


Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul gitu.

*******

Jom  sihat  sama-sama !!
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang