Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Mak tersenyum

Imej
2  3  menjak  ni  jarang  pulak  nak  menulis.  Banyak  dugaan  yang  mendatang.  Kadang  sampai  sukar  nak  lelapkan  mata.  Tapi  aku  percaya  disetiap  dugaan  tu  ada  hikmah  terbaik  yang  menanti.  InsyaAllah.. Be  positive  la  kan.  Bersangka  baik  pada  DIA yang  mengatur  segalanya.


Dalam  kelam  kabut  dengan  urusan  hati ,  kerjaya a.k.a. duit.  Ada  perkara  yang  lebih  penting  untuk  aku  peduli.  Apa  yang  lebih  berharga  dalam  dunia  selain  daripada  melihat  orang  tua  sendiri  ketawa  bahagia.  Alhamdulilah, ibu  dan  ayahku  boleh  hembus  nafas  lega  apabila  rumah  kami  dah  siap  sepenuhnya. (sebenarnya  bahagian  luar  belum  siap  100%  lagi)  Jadi,  kami  sekeluarga  hanya  perlu  tumpu  sepenuhnya   untuk  persiapan  perkahwinan  adik  aku  yang  akan  berlansung  pada  21-12-2013  ni.  InsyaAllah,  mohon  dipermudahkan.


JADI,  urusan  masuk  rumah  dah  selesai.  Aku  kena  bersedia  dengan  soalan  " bila  nak  nikah?" ..
Hmmmm ..

Sejarah Hari Raya Qurban

Imej
Assalamualaikum wbt.  Lagi berapa hari je lagi kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Setiap kali tiba Hari Raya Qurban, mesti teringatkan satu kisah disebalik hari kemuliaan ni. Bagi kita, umat Islam yang sejak kecil lagi telah sinonim dengan kisah-kisah para Nabi dan Rasul sudah semestinya mengetahui peristiwa ni kan? So, ni macam nak throwback kenapa umat  Islam sambut Hari Raya Qurban? Kenapa mesti nak korban haiwan ternakan? So, pada those yang tak tahu tu. Jom sesama kita baca ni.


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti deng…

Hati wanita

Imej
Aku bukan terbaik Buat engkau tidak selesa Aku tahu engkau gulana Hati seksa Sifat aku celaka
SALAH aku marah tiba-tiba Sedih tiba-tiba Hati aku entah hati apa Orang kata hati wanita susah nak jangka
Orang kata juga tiada manusia yang sempurna Aku cuma wanita biasa Kadang sabar aku tak tinggi mana Kadang hati aku terbabas sama Tapi marah aku tak sampai mana Tak kemana-mana Rajuk aku pun tak lama mana Aku harap kau cuba faham Hati wanita walau tak cinta


Untuk aku dan dia

Imej
Ya Allah Jika bukan dia yang Kau tetapkan buatku Kau anugerahkanlah pendamping hidup yang solehah buatnya Kau aturkanlah yang indah-indah untuknya Kau jadikanlah mereka pasangan yang bahagia selamanya Kau berikanlah kebahagiaan padanya di dunia dan akhirat sana

Ya Allah Jika bukan dia yang Kau jadikan buatku Kau jadikanlah aku hambaMu yang redha atas setiap duka Kau jauhkanlah hatiku, cintaku untuk siapa-siapa Kau berikanlah rasa cintaku padaMu mencukupi segala-galanya Kau tutupkanlah hatiku untuk cuba lagi mencari cinta Sungguh, aku tidaklah sekuat mana


Ameen

Jika mereka faham

Imej
Assalamualaikum  wbt.  Alhamdulilah,  malam  tadi  dapat  tidur  dengan  lena.  Entah  kenapa  2 3 hari  sebelum  ni  susah  sangatlah  nak  lelapkan  mata.  Nak  kata  fikirkan  masalah,  tak  juga.  Bila  dapat  nikmat  tidur  yang  lena,  memang  bersemangatlah  nak  lakukan  tugas  pagi ni.  Bibir  pun  sentiasa  senyum  saja.  Eh,  memang  mulut  tak  boleh  tutup  pun.


Pagi  tadi  berhenti  jap,  pergi  beli  nasi  lemak  kat  kedai  depan  rumah  tu.  Makcik  jual  nasi  lemak  tu  kalau  nampak  je  muka  aku.  WAJIB  akan  tanya  soalan  ni.  Memang  gerentilah! 
Bila  nak  nikah?Bila  nak  masuk  rumah  baru?
Aku  tak  tujukan  kepada  sesiapa.  Bukan  kepada  makcik  tu saja.  Sebenarnya,  ramai  lagi  yang  suka  jadi  "Astro"  ulang  pertanyaan  yang  sama.  Hmmmm ....  Dah  tak  larat  dah  nak  jawab  aih.  Iya,  bukan  tak  boleh  tanya.  Aku  tersangat  berterima kasih  sebab  ada  yang  peduli.  Tapi  tak  jemu  ke,  asyik  bertanyakan  soalan  yang  sama  …

Kata Cinta

Imej
Assalamualaikum wbt.  Minggu  ni  rasa  macam  lambatnya  nak  weekend.  Almaklumlah,  bulan  lepas  aku  kena  kerja  pada  hari  Sabtu  berturut-turut.  Kira  macam  tak  dak  cuti lah.  Leceh  betul  sebab  kena  kerja  sebab  ganti  cuti  bagai.


Sebenarnya  kerja,  Dah,  dah  stop  mengarut  bab  kerja.  Sebenarnya,  aku  nak  kongsi  dengan  korang  kata-kata  cinta.  Senang  cerita,  luahan  atau  pendapat  aku  tentang  cinta.


Nota :  Kata-kata  ni  sekadar  pendapat  sahaja.  Sebab  aku  memang  suka  menyusun  kata.



Kau tahu bukan senang nak sayang
Bukan senang nak percaya juga

Tapi jika yakin dengan qada qadar Allah
Hati kau dah tak takut apa-apa





Adam kau sudah tahu hatinya
Cemburu hawa dikatakan mengada

Takpayah peduli adam yang tak mengerti
Kau tahu, aku juga sering terasa




Dia perempuan
Kita perempuan
Cuma beza hati tak sama

Walaupun dua-dua hawa
Takpa, adam yg setia
Takkan mudah tergoda




Cinta sejati
Umpama mekar tanpa henti
Berseri setiap masa
Takpayah kau korban apa-apa
Ck…

Uji mata

Imej
Assalamualaikum  wbt.  Takmau  cakap  banyak  jom  sesama  uji  mata.



It’s a simple one.  How many pencils are there?  There are clearly seven… what, wait!  Six? No.. So how many?.. Look at the bottom of pencils



Close your left eye and stare at the cross.  As the circle moves left and right,  it should pass through your  blind spot and disappear completely!  You may need to lean in closer  to get this to work.


Stare at the moon long enough,  and the stars should begin to fade away.  How many can you get to disappear?



As the small circles intersect  with the large ones,  we seem to see the outlines  of a growing and  shrinking square.  But there is no "square" --  your brain is trying to visualize  in terms of solid shapes,  and fills in the blanks.




Look at the red dot  for a while and  gray stripes will disappear


Although you don’t believe it,  these lines are straight and parallel


What do you see here at first glance?  The yellow arrows pointing to the left or green arrows  pointing to the right?  There i…

Bersuara Lantang

Imej
Assalamualaikum  wbt.  Hari  ini,  aku  rasa  macam  "terpukul"  nak  menulis  tentang  macam  mana  nak  jadi  "si lantang  bersuara".  Nak  mention  di sini,  penulisan  ni  hasil  dari  pengalaman  dan  pemerhatian  peribadi  ok.  Jika  ada  yang  nak  tokok  tambah  atau  ":tak kena  dihati"  itu  hak  masing-masing  ok? :)


Orang  yang  lantang  bersuara  ni,  digambarkan  sebagai  seorang  yang  berani.  Apa  saja,  yang  terlintas di hatinya  akan  terluah  di lidah.  Automatically!  Wow,  bukan  semua  orang  mampu  menyatakan  sesuatu  yang  terpendam  dihati  dengan  mudah.  Secara  peribadi  tak  salah  jika   kau  nak  lantang  bersuara.  Itu  kelebihan  kau.  Tetapi  harus  diingat,  suara  kau  harus  kena  dengan  situasi  dan  caranya.  Barulah  kau  akan  dikagumi  dengan  bakat  kepetahan  berbicara  tu. 





Nak  lantang  bersuara?  Mungkin  tips  ni  dapat  membantu.  InsyaAllah.

Ketahui  apa  yang  kau  hendak  cakapLantang  bersuara  apa …