Bersuara Lantang

Assalamualaikum  wbt.  Hari  ini,  aku  rasa  macam  "terpukul"  nak  menulis  tentang  macam  mana  nak  jadi  "si lantang  bersuara".  Nak  mention  di sini,  penulisan  ni  hasil  dari  pengalaman  dan  pemerhatian  peribadi  ok.  Jika  ada  yang  nak  tokok  tambah  atau  ":tak kena  dihati"  itu  hak  masing-masing  ok? :)


Orang  yang  lantang  bersuara  ni,  digambarkan  sebagai  seorang  yang  berani.  Apa  saja,  yang  terlintas di hatinya  akan  terluah  di lidah.  Automatically!  Wow,  bukan  semua  orang  mampu  menyatakan  sesuatu  yang  terpendam  dihati  dengan  mudah.  Secara  peribadi  tak  salah  jika   kau  nak  lantang  bersuara.  Itu  kelebihan  kau.  Tetapi  harus  diingat,  suara  kau  harus  kena  dengan  situasi  dan  caranya.  Barulah  kau  akan  dikagumi  dengan  bakat  kepetahan  berbicara  tu. 




 
Nak  lantang  bersuara?  Mungkin  tips  ni  dapat  membantu.  InsyaAllah.

  1. Ketahui  apa  yang  kau  hendak  cakap
  2. Lantang  bersuara  apa  yang  kau  hendak  katakan  dengan  jelas  dan  penuh  yakin
  3. Ketahui  bahawa  setiap  orang  mempunyai  pendapat  dan  pendirian  masing-masing

1.  Ketahui apa yang kau hendak cakap.
Pertama  sekali  kau  kena  cepat  pick-up.  Kau  kena  tahu  apa  yang  kau  nak  cakap.  Jangan  hentam  koromo  saja.  Kelak  kau  yang  termalu  sendiri.


2.  Lantang bersuara apa yang kau hendak katakan dengan jelas dan penuh yakin.
Dah  tahu  apa  yang  hendak  dikatakan? Eh  tak  boleh  la  agak-agak.  Kau  kenalah  yakin  dengan  apa  yang  kau  nak  utarakan  tu.  Jika  dah  yakin,  cepat  katakan  perkara  tu  dengan  nada  suara  yang tegas  dan  petah.


3.  Ketahui  bahawa  setiap  orang  mempunyai  pendapat  dan  pendirian  masing-masing.
Sekiranya  terdapat  pihak  yang  tidak  setuju  dengan  apa  yang  kau  katakan,  tak  mengapa-  expect it! Jangan  takut  sekiranya  dikritik.  Standard lah,  mana  ada  orang  boleh  terima  idea  orang  bulat-bulat,  kan?  Tapi,  jika  idea  atau  kata-kata  kau  tu  ada  betulnya,  kenapa  mereka  nak  menolak?  Right?


Pendapat  aku,  ramai  antara  kita  yang  mengalami  masalah  low  self  esteem,  di  mana  mengatakan  kita  ni  tak  sehebat  orang  lain,  dan  tidak  berani  bersuara  apa  yang  terbuku  dihati.  Berfikiran  seolah-olah  orang  lain  lagi  hebat  dari  kau  dan  kau  tak  mampu  melakukan  sesuatu  yang  hebat.  Nah,  macam  mana  nak  maju  kalau  berfikiran  begini!  Ubah  dan  wajib  ubah.


Jadi,  langkah  pertama  adalah,  ubah  suara-suara  yang  terdapat  DALAM  DIRI  KITA  SENDIRI.  Bukan  suara  orang  lain  pun.  Sering  kali,  ianya  adalah  suara  kita  sendiri  yang  meng-sabotaj  dan  mengatakan   kita  tidak  boleh.


Semua  orang  dilahirkan  sebagai  genius  kerana  setiap  orang  mempunyai  pemikiran  yang  tersendiri.  Seorang  genius  mempunyai  minda  yang  terbuka  dan  sedia  menerima  idea-idea  baru.  Tidak  menutupkan  fikirannya.  Sering  kali  bertanyakan  soalan  “What if…”  dan  mengundang  berbagai-bagai  input  dan  jawapan  untuk  menyatakan / menghasilkan  sesuatu.


Aku  ingin  tegaskan  disini,  "Lantang  bersuara,  jangan  sampai  orang  TERAIB  dengan  kata-kata  kau."



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang