Kata Cinta

Assalamualaikum wbt.  Minggu  ni  rasa  macam  lambatnya  nak  weekend.  Almaklumlah,  bulan  lepas  aku  kena  kerja  pada  hari  Sabtu  berturut-turut.  Kira  macam  tak  dak  cuti lah.  Leceh  betul  sebab  kena  kerja  sebab  ganti  cuti  bagai.


Sebenarnya  kerja, 
Dah,  dah  stop  mengarut  bab  kerja.  Sebenarnya,  aku  nak  kongsi  dengan  korang  kata-kata  cinta.  Senang  cerita,  luahan  atau  pendapat  aku  tentang  cinta.


Nota :  Kata-kata  ni  sekadar  pendapat  sahaja.  Sebab  aku  memang  suka  menyusun  kata.



Kau tahu bukan senang nak sayang
Bukan senang nak percaya juga

Tapi jika yakin dengan qada qadar Allah
Hati kau dah tak takut apa-apa





Adam kau sudah tahu hatinya
Cemburu hawa dikatakan mengada

Takpayah peduli adam yang tak mengerti
Kau tahu, aku juga sering terasa




Dia perempuan
Kita perempuan
Cuma beza hati tak sama

Walaupun dua-dua hawa
Takpa, adam yg setia
Takkan mudah tergoda




Cinta sejati
Umpama mekar tanpa henti
Berseri setiap masa
Takpayah kau korban apa-apa
Ckup kau jadikan cinta utama

Cinta pada Yang Esa




Kau tahu kenapa ada CEMBURU ?
Sebab ada rasa sayang di hati

Tunggu sampai rasa itu hilang
Kau pun aku takkan pandang lagi




Aku cuma nak yang sederhana
Bukan rupa , bukan harta
Aku cuma nak yang setia bersama
Tak cinta tak mengapa

 Janji kasihkan aku




Tak guna berangan tinggi-tinggi
Jika usaha tak segagah impian
Bagaimana nak berusaha ?
Soal hati tak boleh paksa

Tepuk dada tanya selera




Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang