Untuk aku dan dia

Ya Allah
Jika bukan dia yang Kau tetapkan buatku
Kau anugerahkanlah pendamping hidup yang solehah buatnya
Kau aturkanlah yang indah-indah untuknya
Kau jadikanlah mereka pasangan yang bahagia selamanya
Kau berikanlah kebahagiaan padanya di dunia dan akhirat sana


Ya Allah
Jika bukan dia yang Kau jadikan buatku
Kau jadikanlah aku hambaMu yang redha atas setiap duka
Kau jauhkanlah hatiku, cintaku untuk siapa-siapa
Kau berikanlah rasa cintaku padaMu mencukupi segala-galanya
Kau tutupkanlah hatiku untuk cuba lagi mencari cinta
Sungguh, aku tidaklah sekuat mana


Ameen


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang