Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Soal Hati

Imej
RASANYA macam dah lama tak update blog. Almaklumlah 2 3 menjak ni selalu sibuk dengan urusan seharian. Macam-macam nak kena uruskan. Ala, biasalahkan! Dah namanya hidup. Selagi kita bernafas bermacam perkara kita kena uruskan. Dalam banyak perkara yang perlu diuruskan, SOAL HATI susah nak jangka dan kawal. Oh, sungguh serabut dan leceh.

Kadang soal hati buat nafas tak seimbang,
Semacam sebak dan tersekat-sekat,
Semacam berat nak lepaskan,
Kadang rasa tak perlu punya hati,
Kenapa perlu ada, jika HATI selalu disakiti .. ??

Dalam hidup ni aku nampak dan tahu apa yang aku perlukan. Apa saja yang aku kehendaki akan aku usaha tanpa jemu. TAPI, bila tiba soal hati. Susah nak jangka, susah nak paksa. Hati orang siapa tahu? Lebih baik diam dari luah. Lebih baik, didik hati supaya sabar. Mungkin, lama-kelamaan hati ini akan jemu dan redha tanpa mengharap pada hati yang tak pasti. Harap-haraplah ..