Cakap Besar

'Kalau tak tahu lebih baik cakap tak tahu daripada mengaku KONONNYA tahu' .. pftttt! Pernah tak korang hadapi situasi macam ni? Betapa alergik dan geli berdepan manusia yang suka cakap besar. Konon dia serba tahu. Konon dia serba ada. Konon dia juga serba sempurna. Erkkk.

Tak salah eh. Lansung tak rugi jika anda merendah diri. Anda akan dihormati dan malah akan disegani. Orang kata, diam dan usahakan sesuatu sehingga nampak "bukti" jauh kali lebih baik daripada canang sana sini tapi habuk pun tarak. Aishhhh sabar sajalah.

Ingat ni, jangan lupa hatta sesaat. Tak rugi malah anda akan untung berjuta lemon jika anda ikut resmi padi. 'Makin berisi, makin menunduk'. Jangan suka sangat follow resmi tin. 'Makin kurang isi, makin kuat bunyi'.

Paling geli telinga dengar butir bicara yang semakin meninggi dan penuh dusta. Padahal kita tahu tentang perkara tersebut. Contoh :

Cakap besar : Aku dah resign kerja kat tempat hari tu.

Pendengar : Eh, kau ni biar betul? Kenapa?

Cakap besar : Betullah! Mungkin bos tengok aku pandai kerja, boleh diharap, cepat belajar. Pastu ada orang jeles. Bagi api.

Pendengar : ............!!!

Hakikatnya, si cakap besar tu baru kena buang kerja sebab baru kerja asyik ponteng. pfftttt.




Eh, kan dah kena sebijik.

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang