Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

ADUAN POSMEN

Imej
Assalamualaikum
Hari ni aku nak share tentang P O S M E N !! Alkisahnya macam ni. Kalau biasa baca entri aku sebelum ni, korang mesti tahu yang aku dah masuk rumah baru. Kiranya kami sekeluarga baru berpindah dalam 4 bulan. Kira baru lagi la kan. Dipendekkan cerita, selama 4 bulan menetap di rumah baru ni, tak pernah sekali pun kami menerima surat daripada posmen. Nak tahu macam mana kami terima surat? Orang kampung yang baik hati, yang datang tolong sampaikan surat kami. POSMEN tu suka hati dia saja nak hantar surat dekat rumah siapa yang dia suka. ADOI!


Sebelum ni, aku tak terasa sangat dengan masalah surat tak sampai ni. Almaklumlah, surat Telekom, surat Astro, nak terasa apanya kan. Surat 'mintak duit' katakan. Tapi, bila kena part aku masuk LUXOR, setiap bulan apabila PV kita cukup, syarikat LUXOR akan hantar surat besertakan voucher. Voucher tersebut, boleh ditukarkan ke bentuk wang ataupun kupon. Adoi, semak otak jugalah kalau yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. M…