ADUAN POSMEN

  Assalamualaikum

Hari ni aku nak share tentang P O S M E N !! Alkisahnya macam ni. Kalau biasa baca entri aku sebelum ni, korang mesti tahu yang aku dah masuk rumah baru. Kiranya kami sekeluarga baru berpindah dalam 4 bulan. Kira baru lagi la kan. Dipendekkan cerita, selama 4 bulan menetap di rumah baru ni, tak pernah sekali pun kami menerima surat daripada posmen. Nak tahu macam mana kami terima surat? Orang kampung yang baik hati, yang datang tolong sampaikan surat kami. POSMEN tu suka hati dia saja nak hantar surat dekat rumah siapa yang dia suka. ADOI!


Sebelum ni, aku tak terasa sangat dengan masalah surat tak sampai ni. Almaklumlah, surat Telekom, surat Astro, nak terasa apanya kan. Surat 'mintak duit' katakan. Tapi, bila kena part aku masuk LUXOR, setiap bulan apabila PV kita cukup, syarikat LUXOR akan hantar surat besertakan voucher. Voucher tersebut, boleh ditukarkan ke bentuk wang ataupun kupon. Adoi, semak otak jugalah kalau yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Mulalah gelabah cari sana-sini. Bulan lepas, POSMEN tu hantar ke rumah jiran sebelah rumah. Laju je lah aku kesana cari surat aku. Tapi, alangkah dukacitanya bayang surat pun tak nampak.


So, dah habis akal google la. Cari nombor ADUAN POS MALAYSIA. Apalagi, terluahlah segala kebimbangan surat yang tak pernah kunjung tiba tu dan tersentuh juga luahan tentang surat yang dihantar suka suki hati encik POSMEN tu.


Jam 10.17pagi, hari Isnin (24-02-2014). Encik POSMEN tu call aku. Apalagi kena marah segala kecantikan bahasa terluah daripada mulut Encik POSMEN tu konon aku telah menyusahkan dia dengan membuat aduan yang baginya lansung tidak wajar! Mungkin bagi dia, telah berkerja sehabis baik tapi aku yang sengaja mencari kesilapan dia. Alamak! Boleh pulak? Aku lansung tak kenal encik POSMEN tu. Buat aduan sebab surat aku tak sampai. Tiba-tiba sampai ke rumah orang lain. Bukan sekali dua, tapi banyak kali!!!


Mula ingat, macam dah settle dah dengan Encik POSMEN tu, tapi bila balik saja dari rumah. Rupa-rupanya dia dah pi rumah aku bising kat Mak aku. bla bla bla, dia punya sekolahkan Mak aku. Boleh pulak cakap nak saman aku sebab buat aduan tentang dia. Siap sumpah seranah Allah akan balas kat aku. Emmm, taktau lah kan attitude selalu nampak salah orang ni kadang kesian jugak.


Salah memang salah aku juga. Sebab tak letakkan Nombor rumah dan peti surat. Manalah kita ni nak tahu tentang prosedur bagai. Ingatkan bila bil api, bil air sampai so takdak masalah dengan alamat rumah aku ni. Tambahan pulak, aku selalu order barang melalui online, encik POSMEN yang lain takdak masalah pun hantar barang kerumah. Ingat dah update la alamat ke sistem diorang tu.


So hari ni, aku kena lah pergi ke PEJABAT POS untuk updatekan alamat rumah baru ni. Lepas ni harap tak dak isu berbangkit konon taktau rumah dah la. Eh, tapi yang hairannya. Semalam semasa dia call aku dia boleh pulak terangkan kedudukan rumah aku. Ala, senang sangat rumah aku tepi jalan saja. Katanya, dia pernah hantar gambar konvo sepupu aku. Haiiii, kalau dah tahu rumah dimana, kenapa boleh pergi hantar silap pulak? Akhirnya dapat jugak surat yang aku tunggu tu. Bertarikh 11-02-2014!


Ayat yang ditinggalkan oleh Encik Posmen pada Mak aku, mintak aku tarik semula aduan dan mintak maaf pada dia. Adoi, tak lah Encik Posmen, bahasa encik cantik sangat siap sumpah seranah. Encik saja yang tahu kerja encik macam mana. Bukan aku seorang ja yang masalah macam ni, ada juga surat beralamatkan kampung lain boleh sampai ke rumah sini. Jauh beza ejaan alamat tu.



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang