Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Queen Control Basi

Imej
Pernah dengar perkataan QUEEN CONTROL? Jangan pernah di label queen control ye. Aku? Dulu pernah la sekali, entah kenapa cemburu punya pasal kot. Maybe!




Tapi bila dah makin dewasa ni, dah pandai guna akal sebelum buat sesuatu perkara. Dah pandai fikir secara rasional dan logik. Mindset, "kalau dia seorang yang setia, datanglah 10 orang gadis pun. Dia takkan goyah".. begitu juga sebaliknya. Yang paling penting positif thinking! Aku pernah ditanya soalan yang sampai sekarang aku tak pasti jawapannya. Nak tahu soalan apa? Ok, soalannya berbunyi macam ni. Ehem2.

Soalan : Dalam sebuah hubungan, kepercayaan atau keyakinan yang penting? Jawab salah satu aje k.

Jawapan : Kepercayaan. Macam mana nak KEKAL sesebuah hubungan, kalau takdak kepercayaan? Kepercayaan tu penting. 

Habis tu? Keyakinan nak 'buang' mana?

Kalau percaya saja, tetapi takdak keyakinan pun tak bernilai tau.

Eh, yalah kita kena kena yakin dengan pasangan. Kiranya percaya dan yakin mesti seiring.

Ulang soalan ye,…

Kisah MUJAHIDAH Siti Hajar Binti Ahmad Sabir

Imej
~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~
Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik s…

Wanginya hujan

Imej
Alhamdulilah, akhirnya turun juga hujan. Rasanya dah lama tak menghidu wanginya air hujan. Berjerebu dan terpaksa menahan sesak dada kerana bernafas dalam udara yang tercemar. Nah, baru nak mengeluh sana-sini mana hilangnya rintik hujan. Kalau tak diberi dugaan panas terik, berjerebu sampai hari ini, confirm tak tahu nilai BERHARGANYA hujan.

Part yang paling aku suka, adalah suasana selepas hujan. Entah tak tahu nak terangkan bagaimana. Pandang rumput yang masih basah, pandang jalan yang masih basah, wanginya udara semacam segar hingga membawa sejuknya ke hati. Semacam syahdu dan rasa tenang dengan suasana macam ni.




Berhenti merungut bila hujan. Walaupun terpaksa cancel segala planning nak ke sana-sini. Almaklumlah aku ni biker sejati. Jangan bersikap tak tahu bersyukur, jangan bersikap pentingkan diri. Serius, aku menyampah gila bila mendengar ada yang menyumpah seranah kerana terpaksa batalkan aktiviti disebabkan hujan. Nak kena flying kick?

Hujan, alhamdulilah.
Aku tak idam dituru…

Sakit terkena bisa jiwa

Imej
Kadang jiwa resah Sakit di dalam sana Entah kenapa dicubit dan digigit terasa Seperti tusukan jarum yang berbisa
 Segala ubat dicuba belaka Kadang lena terkejang bisa Pedih menikam menyentap jiwa Sungguh nyilu tak terkata
Difikir segala macam perkara Mungkin juga bersangkut jiwa Tak tertanggung hati menyimpan rasa Mana mungkin sakit sembuh tiba
Takdir Tuhan menduga hamba Hamba tak kuat mengalir air mata Hamba lemah bukan perkasa Harap doa termakbul jua Doa hamba pengubat duka


Perkahwinan

Imej
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

PERKAHWINAN. Bila sebut bab kahwin. Ramai yang akan tersenyum-senyum. Ya, aku turut tersenyum sama. Cuba kau pergi bertanya anak kecil, mereka pun akan mengekek ketawa. Cuma mungkin erti perkahwinan bagi mereka hanya sekadar lelaki dan perempuan suka sama suka. Sungguh ringkas dan seringkasnya.


Tapi sayang, kadang ada juga yang dewasa kurang faham apa itu erti PERKAHWINAN. Ya, aku tahu. Aku juga si dewasa yang adakalanya dungu. Lebih gemar mengikut rasa daripada rujuk akal semata. Jangan kau ingat perkahwinan itu hanya penyatuan dua jiwa halal disentuh jiwa dan raga. Jika hanya itu erti perkahwinan yang kau perjuangkan. Lebih baik kau lupakan hasrat nak berumahtangga.


Sebelum jadi isteri/suami belajar dulu untuk menerima keluarga pasangan seadanya. Buruk b…

Pegang lidah ikat tali

Imej
Nak melangkah selangkah. Menulis tentang isu sensitif. Ini sekadar pandangan dan coretan pengalaman. Kau nampak si fulan yang dulu, hidupnya tak tentu hala. Tak kenal halal haram. Adakah kau yakin yang dia akan ke neraka? Aku ingin bertanya. Kau pernah dengar kata-kata pintu taubat tak pernah tertutup selagi manusia bernyawa. Pernah? Habis, kenapa kau berkata ikut suka? Kau yakin yang kau ni ahli syurga? Tersedu.







Mari sini, kau lihat pula si fulan hujung sana. Ya, di sana. Apa? Ya aku tahu dia budiman dan baik hati orangnya. Cuba, cuba kau pergi menyapa. Tengok cara dia bergurau, menyindir dalam tawa. Nah, sekarang kau sendiri yang terasa. Kenapa? Aku tahu, gurau dia menghina dalam senda. Konon, dia yang baik semua. Kan, kau sendiri yang terasa. Jatuh air muka. Cuba kau cakap pada aku. Adakah sifat ahli syurga suka mencela? Ah, jangan engkau menilai orang dengan tingkah laku mahupun luaran. Kerana, kadang yang terzahir tak sama dengan yang di dalam sana.


Aku pelik, kadang hairan kena…

H.O.B.I

Imej
ENTAH kenapa 2 3 hari ni rasa macam rajin gilos nak menulis dan berkarya. Ada saja yang nak diluahkan. Hari ni, aku nak berkongsi tentang H.O.B.I. Setiap orang confirm ada hobi kan? Aktiviti yang dilakukan apabila mempunyai masa lapang. Cuma yang berbeza, hobi yang dilakukan oleh setiap individu tu bergantung pada minat tersendiri. Kau ada hobi? Apa? Takdak? Kisah pulak aku ~


Hobi aku adalah mencuba resepi hasil daripada google sana sini then makan. Tapi bergantung pada mood la. Ada hari bila datang saja feel rajin semacam, mulalah gali sana-sini cari resepi. Rasa macam excited gilos, balik saja dari kerja terus pergi ke kedai cari bahan. Tapi jujur, aku tak pandai atau takdak bakat dalam mencuba resepi baking. Walaupun aku cinta gilos dengan makanan seperti, kek, roti, dan seumpama dengannya. Hasilnya? Mmmmmm .. Tengoklah bentuk tubuh ku sekarang. Tapi ramai cakap, wanita semua cantik tak kira kecik atau besar kan?




Kadang hobi aku ni tak tentu. Tapi hobi ni kena tengok keadaan ekono…

Menimpa bertalu

Imej
HIDUP tak habis dengan dugaan. Bukan hidup namanya jika tidak diduga. Aku, engkau, dia atau siapa-siapa akan punya masalah tersendiri. Ada yang diduga dengan kesihatan, ada yang diduga dengan kewangan, ada juga diduga dengan perhubungan dan pelbagai lagi dugaan yang sungguh perit untuk aku ungkapkan.

Cuba dan cukuplah jika kau faham. Faham dan berusaha untuk tempatkan diri dalam masalah orang lain. Ingat, tak semua nasib orang sama. Jangan lupa juga, hidup umpama roda. Putarannya, tak tentu hala. Adakalanya kita diatas dan sebaliknya.




Kadang sukar untuk kita duga esok atau lusa nasib kita bagaimana. Eh memang tak boleh diduga. Esok adalah rahsia Sang Pencipta yang Maha Berkuasa. Kadang kita rancang itu dan ini. Kadang kita impi yang luar biasa bahagianya. Tapi selalunya apa yang kita perolehi berbeza terlalu jauh dengan apa yang kita rancang dan impikan. Nah !! Ini lah namanya kehidupan. Kadang kita mengekek ketawa bahagia, kadang kita tersedu menangis hiba.

Sabar dan terus berdoa. B…

Apa itu hati

Imej
Kadang dia akan marah tiba-tiba Walau hanya kerana sekeping roti
Kadang dia akan tersenyum bersahaja Sembunyikan hati yang tengah rawan
Kadang dia akan mengusik memanjang Cara dia bergurau mesra dan gembira
Ada waktu dia akan termenung sedih dan rindu Mungkin pada mereka atau masa lalu
Ada waktu dia bermotivasi Mungkin dia nampak hidup hanya sekali
Ada waktu dia seperti kayu Entah apa dia fikir hanya dia yang tahu
Jadilah apa yang dia mahu Cukup sekadar dia tahu Dia pemberi motivasi untuk aku bangun mengadap hari-hariku Dia pencetus inspirasi untuk aku melangkah lebih tinggi
Tak semua malah tak ramai Jika ada pun 1 2 sahaja Yang benar faham dan tahu baca hati ku Yang paling ramai cuma faham maksud gerak geri ku Hati ? Tak ramai yang mengerti
Cukuplah jika dia seorang yang faham  Apa itu hati Apa itu mati