Apa itu hati



Kadang dia akan marah tiba-tiba
Walau hanya kerana sekeping roti

Kadang dia akan tersenyum bersahaja
Sembunyikan hati yang tengah rawan

Kadang dia akan mengusik memanjang
Cara dia bergurau mesra dan gembira

Ada waktu dia akan termenung sedih dan rindu
Mungkin pada mereka atau masa lalu

Ada waktu dia bermotivasi
Mungkin dia nampak hidup hanya sekali

Ada waktu dia seperti kayu
Entah apa dia fikir hanya dia yang tahu

Jadilah apa yang dia mahu
Cukup sekadar dia tahu
Dia pemberi motivasi untuk aku bangun mengadap hari-hariku
Dia pencetus inspirasi untuk aku melangkah lebih tinggi

Tak semua malah tak ramai
Jika ada pun 1 2 sahaja
Yang benar faham dan tahu baca hati ku
Yang paling ramai cuma faham maksud gerak geri ku
Hati ? Tak ramai yang mengerti

Cukuplah jika dia seorang yang faham 
Apa itu hati
Apa itu mati


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang