H.O.B.I

ENTAH kenapa 2 3 hari ni rasa macam rajin gilos nak menulis dan berkarya. Ada saja yang nak diluahkan. Hari ni, aku nak berkongsi tentang H.O.B.I. Setiap orang confirm ada hobi kan? Aktiviti yang dilakukan apabila mempunyai masa lapang. Cuma yang berbeza, hobi yang dilakukan oleh setiap individu tu bergantung pada minat tersendiri. Kau ada hobi? Apa? Takdak? Kisah pulak aku ~


Hobi aku adalah mencuba resepi hasil daripada google sana sini then makan. Tapi bergantung pada mood la. Ada hari bila datang saja feel rajin semacam, mulalah gali sana-sini cari resepi. Rasa macam excited gilos, balik saja dari kerja terus pergi ke kedai cari bahan. Tapi jujur, aku tak pandai atau takdak bakat dalam mencuba resepi baking. Walaupun aku cinta gilos dengan makanan seperti, kek, roti, dan seumpama dengannya. Hasilnya? Mmmmmm .. Tengoklah bentuk tubuh ku sekarang. Tapi ramai cakap, wanita semua cantik tak kira kecik atau besar kan?




Kadang hobi aku ni tak tentu. Tapi hobi ni kena tengok keadaan ekonomi poket sendiri dulu. Suka sangat kalau dapat meronda dan menyelinap masuk ke mall-mall kadang pasar malam pun jadi. Asalkan ada penjual dan aku pembeli. Sambar dan pegang tak mau lepas barang yang aku suka. Seterusnya? Faham-faham la. Melayang duit ringgit. Tak kisah lah asalkan dapat apa yang aku hajati.





Apa yang aku selalu beli? Bukan baju, bukan pakaian, atau handbag bagai. Please la, kalau boleh pakai biar sampai rabak baru aku beli. Tapi aku pantang, kalau nampak 'bling-bling'. Aku suka dengan aksesori wanita. Gelang, cincin dan seumpama dengannya. Ok, kalau ada yang kenal, terbaca post ni. Kalau nak bagi hadiah, tolong bagi perhiasan wanita ok. Jangan pulak bagi perhiasan rumah. Dapat kat Mak aku la jawabnya. Ok ini bajet jap.


Salah satu lagi hobi aku, suka sangat bila dapat habis masa dengan berniaga. Entah macam-macam aku berniaga. Kadang habis satu kampung aku ronda jual barang, handbag, tudung bagai. Duit pun masyukkk. Nak kata aku jual dengan harga yang tinggi. Taklah, bukan nak untung sangat pun. Tapi tak mau rugi jugak la. Cuma minat nak bercakap. Kadang sembang je lebih pun. Suka hati korang la nak cakap aku sebenarnya hobi aku suka bercakap atau berniaga. Aku redha ja. (ayat gegeh) Yang penting aku enjoyyy !!



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang