Pegang lidah ikat tali


Nak melangkah selangkah. Menulis tentang isu sensitif. Ini sekadar pandangan dan coretan pengalaman. Kau nampak si fulan yang dulu, hidupnya tak tentu hala. Tak kenal halal haram. Adakah kau yakin yang dia akan ke neraka? Aku ingin bertanya. Kau pernah dengar kata-kata pintu taubat tak pernah tertutup selagi manusia bernyawa. Pernah? Habis, kenapa kau berkata ikut suka? Kau yakin yang kau ni ahli syurga? Tersedu.







Mari sini, kau lihat pula si fulan hujung sana. Ya, di sana. Apa? Ya aku tahu dia budiman dan baik hati orangnya. Cuba, cuba kau pergi menyapa. Tengok cara dia bergurau, menyindir dalam tawa. Nah, sekarang kau sendiri yang terasa. Kenapa? Aku tahu, gurau dia menghina dalam senda. Konon, dia yang baik semua. Kan, kau sendiri yang terasa. Jatuh air muka. Cuba kau cakap pada aku. Adakah sifat ahli syurga suka mencela? Ah, jangan engkau menilai orang dengan tingkah laku mahupun luaran. Kerana, kadang yang terzahir tak sama dengan yang di dalam sana.


Aku pelik, kadang hairan kenapa masyarakat suka berkata. Yang ahli masjid itu alim ulamak semua. Kita manusia jahat baik boleh berpura. Kenapa? Ya aku bertanya. Kenapa, manusia suka yang berpura daripada yang menunjuk sikap tanpa berselindung dosa pahala. Lepas tu mula mengata. Macam diri kau tu sempurna. Cuba jawab lagi sekali pertanyaan aku? Kau tu memang suci dari dosa?


Mari sini. Ya, sini! Kau dengar ini, apa pesan dari Yang Maha Kuasa.

Firman Allah dalam Surah An Nur : 15 – 16
 

“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.” (15)
 

“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Maha suci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.” (16)


Jangan sesekali kau berkata itu ini tentang perkara yang tak pasti. Ingat M.A.T.I. Tersedu berkali-kali. Ya Allah kawal lah lidahku agar aku tidak terus berkata ikut nafsu dan hati. Sebak.



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang