Perkahwinan



"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


PERKAHWINAN. Bila sebut bab kahwin. Ramai yang akan tersenyum-senyum. Ya, aku turut tersenyum sama. Cuba kau pergi bertanya anak kecil, mereka pun akan mengekek ketawa. Cuma mungkin erti perkahwinan bagi mereka hanya sekadar lelaki dan perempuan suka sama suka. Sungguh ringkas dan seringkasnya.


Tapi sayang, kadang ada juga yang dewasa kurang faham apa itu erti PERKAHWINAN. Ya, aku tahu. Aku juga si dewasa yang adakalanya dungu. Lebih gemar mengikut rasa daripada rujuk akal semata. Jangan kau ingat perkahwinan itu hanya penyatuan dua jiwa halal disentuh jiwa dan raga. Jika hanya itu erti perkahwinan yang kau perjuangkan. Lebih baik kau lupakan hasrat nak berumahtangga.


Sebelum jadi isteri/suami belajar dulu untuk menerima keluarga pasangan seadanya. Buruk baik mereka, kau anggap buruk/baik kau juga. Belajar menjaga hati sesama. Jangan kau turut kata pasangan kau semata. Buang saudara buang keluarga. Konon kau lah suami/isteri soleh solehah. Ingat kawan beringat. Kau fikir hati manusia tetap sama. Jangan kau lupa hatilah perkara paling susah nak dijangka.


 


Ingat hati beringatlah. Perkahwinan bukan perkara suka-suka. Perlu bersedia bukan zahir semata-mata. Perlu bersikap memberi dan menerima. Perlu juga berfikiran terbuka. Kadang cara keluarga kita sebegini. Apabila sudah berumahtangga, cara dan tingkah keluarga mentua berbeda. Jangan pulak kau nak melenting seperti orang gila! Dari tadi aku pesan, lagi sekali aku ulang ya. Perkahwinan kena memberi dan menerima.


Ramai yang boleh dan layak bernikah. Tapi tak ramai yang benar-benar jaga dan bahagia. Ada memang ada. Tapi susah nak jumpak bahagia hingga ke tua. Hingga hilang gigi semua tetap romantik seperti hari-hari muda. Ya aku tahu, ada memang ada. Tapi ada cuma sekerat dua.




Perkara paling penting untuk kau simpan sampai bila. Kena fikir, perkahwinan bukan hanya setakat setahun dua. Kau kena fikir biar sampai ke hari tua. Sampai anak lima enam. Kau kena fikir tanggungjawab yang kau kena hadap dan pikul. Kau kena fikir dan bersedia pikul satu persatu.  Jangan kau hanya fikir perjuang cinta manusia semata.  Kau kena balik pada nyata dan sebab utama. Jadi suami yang boleh bimbing si isteri menjadi ketua bidadari di sana. Jadi isteri yang setia dan mendapat redha suami sentiasa. Ingat, redha suami juga redha yang Maha Esa.

Semoga hubungan yang terjalin dan akan terjalin ini, bukan kerana fitrah manusia semata. Semoga hati ini dan hati itu saling cinta-mencintai kerana sebab yang satu. Kerana mengejar cinta Tuhanku, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.






Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang