Queen Control Basi

Pernah dengar perkataan QUEEN CONTROL? Jangan pernah di label queen control ye. Aku? Dulu pernah la sekali, entah kenapa cemburu punya pasal kot. Maybe!




Tapi bila dah makin dewasa ni, dah pandai guna akal sebelum buat sesuatu perkara. Dah pandai fikir secara rasional dan logik. Mindset, "kalau dia seorang yang setia, datanglah 10 orang gadis pun. Dia takkan goyah" .. begitu juga sebaliknya. Yang paling penting positif thinking! Aku pernah ditanya soalan yang sampai sekarang aku tak pasti jawapannya. Nak tahu soalan apa? Ok, soalannya berbunyi macam ni. Ehem2.

Soalan : Dalam sebuah hubungan, kepercayaan atau keyakinan yang penting? Jawab salah satu aje k.

Jawapan : Kepercayaan. Macam mana nak KEKAL sesebuah hubungan, kalau takdak kepercayaan? Kepercayaan tu penting. 

Habis tu? Keyakinan nak 'buang' mana?

Kalau percaya saja, tetapi takdak keyakinan pun tak bernilai tau.

Eh, yalah kita kena kena yakin dengan pasangan. Kiranya percaya dan yakin mesti seiring.

Ulang soalan ye, kepercayaan atau keyakinan yang penting? Jawab salah satu aje k.

Erkk, kepercayaan dan keyakinan perkara yang sama. Fullstop.

Okeh, pengsan.. teetttt 

 Pening? Aku pun pening dengan jawapan aku. Wajib setting dalam pemikiran. Pasangan kita juga merupakan seorang manusia. Walaupun dah ditakdirkan menjadi suami/isteri kita. Sidia juga mempunyai KEHIDUPAN PERIBADI yang harus kita hormati. Tak payahlah nak kepoh banyak perkara. Jika dia sudi bercerita, kita mendengar. Cukup jika kita tahu apa yang patut tahu. Yang selebihnya, anggap jelah itu hak peribadi sendirian berhad. Contoh, tak payah nak gasak tanya. Siapa kekasih pertama dia, berpisah kenapa. Mula bercinta umur berapa, apa yang belum kita tahu lagi tentang dia? bla bla bla ~

Bagi aku, anggap pasangan seperti seorang sahabat. Susah senang, sedih duka, dan merapu meraban bersama. Tapi jangan sesekali expect yang sidia wajib 24jam dengan kita. Ada waktu dia juga perlu hangout dan beramah-mesra dengan kawan-kawan dia. Selagi dia pandai jaga batas pergaulan dan pandai jaga 'hati' supaya tidak mudah terbabas. Aku takdak masalah dengan 'cara' dia bergaul.

Lebih baik berterus-terang daripada 'sweet talker'. Lebih baik jujur daripada hipokrit. Lebih baik bersendiri daripada dikongkong sana-sini.



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang