Sakit terkena bisa jiwa

Kadang jiwa resah
Sakit di dalam sana
Entah kenapa dicubit dan digigit terasa
Seperti tusukan jarum yang berbisa

 Segala ubat dicuba belaka
Kadang lena terkejang bisa
Pedih menikam menyentap jiwa
Sungguh nyilu tak terkata

Difikir segala macam perkara
Mungkin juga bersangkut jiwa
Tak tertanggung hati menyimpan rasa
Mana mungkin sakit sembuh tiba

Takdir Tuhan menduga hamba
Hamba tak kuat mengalir air mata
Hamba lemah bukan perkasa
Harap doa termakbul jua
Doa hamba pengubat duka



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang