Wanginya hujan

Alhamdulilah, akhirnya turun juga hujan. Rasanya dah lama tak menghidu wanginya air hujan. Berjerebu dan terpaksa menahan sesak dada kerana bernafas dalam udara yang tercemar. Nah, baru nak mengeluh sana-sini mana hilangnya rintik hujan. Kalau tak diberi dugaan panas terik, berjerebu sampai hari ini, confirm tak tahu nilai BERHARGANYA hujan.

Part yang paling aku suka, adalah suasana selepas hujan. Entah tak tahu nak terangkan bagaimana. Pandang rumput yang masih basah, pandang jalan yang masih basah, wanginya udara semacam segar hingga membawa sejuknya ke hati. Semacam syahdu dan rasa tenang dengan suasana macam ni.




Berhenti merungut bila hujan. Walaupun terpaksa cancel segala planning nak ke sana-sini. Almaklumlah aku ni biker sejati. Jangan bersikap tak tahu bersyukur, jangan bersikap pentingkan diri. Serius, aku menyampah gila bila mendengar ada yang menyumpah seranah kerana terpaksa batalkan aktiviti disebabkan hujan. Nak kena flying kick?

Hujan, alhamdulilah.
Aku tak idam dituruni salji, aku tak harap diguguri kelopak bunga dari atas sana gugur menyapa rambut mesra,
cukup sekadar Allah jadikan aku hambaNya yang dapat menghirup wanginya udara selepas hujan,
cukup sekadar Allah jadikan aku hambaNya yang dapat melihat rintik hujan membasahi bumi
cukup sekadar Allah jadikan aku hambaNya yang dapat merasai sejuk hujan membalut hingga ke jiwa
Syukur Ya Allah.




Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang