Bicara hati mati

Setiap ketawa yang diukir
Setiap baris garis yang tercipta
Cuma sekadar hiasan wajah
Hati berdendang lagu duka

Susah malah tiada siapa yang faham
Merangkak mencapai tiang
Mengeset dikaki tangga
Minta ada siapa yang mengerti
Makna semalam yang aku perjuangkan

Susah mengemis kasih hati tak sudi
Terjatuh dan terjatuh salah sendiri
Tergolek terlentang menunggu mati
Kau hanya faham isi hati si penghuni lain

Setiap torehan kata menghiris duka
Makna nanah basi busuk merata
Terhidu biasa kias sentiasa
Dipandang sepi jalan sendiri
Terperuk dalam  hati bah sana sini

Jangan bersungut ikat lidah diam
Berhenti bergenang air mata dusta
Konon bunga yang ditanam 
Berbau busuk semak segala
Ini bicara hati mati 




1 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang