Hutang tudung

Bagi yang sememangnya mengenali aku confirm tahu yang aku ada buat bisnes part time. Ada jual tudung, handbag dan produk-produk gamat. Actually, ni kerja part time je. Sebab aku memang suka bercakap dan menambah kenalan disamping ada extra income.

Tudung dan handbag actually dah hampir 2bulan aku stop. Ada juga customer yang mesej dan call, Firah ada masuk stok baru tak? Malangnya, jawapan agak menghampakan maaf, saya belum masuk stok baru lagi =( . Nak tahu tak kenapa aku terpaksa stop bisnes tudung dan handbag ni? Sejujurnya rasa MALAS nak berniaga. Why? Sebab terpaksa menanggung hutang yang agak banyak. Modal pun tak dapat balik lagi.

Ya, aku tahu silap aku jugak sebab dari awal bagi hutang. Tapi, berniaga kecil-kecil macam ni dalam kampung je. Jangan la nak expect orang boleh bayar cash. Actually harga tudung aku taklah mahal mana pun. Tudung bawal kangaroo sehelai RM8.00 je, manakala tudung 3layer include brooch baru RM40.00 kualiti gred AAA. Murah? Yalah, dari awal aku cakap. Aku bisnes sebab minat, untung sikit pun jadilah. Guess what my friend said? Aku rosakkan harga market!

Ni haaa contoh item-item yang aku jual







 Tapi part yang paling leceh bila berhutang ni, susah dan susah sangat orang nak bayar. Kadang hutang belum habis dioarang dah ambil baru dan tambah hutang lagi. Pastu semacam liat nak bayar. Ada seorang customer tu ambil 2helai sekali tudung total RM80.00. Bila kita mintak hutang, dia cakap nanti dia bayar cash. Then next month mintak lagi dia repeat ayat yang sama. Sampai sekarang dah 5bulan 1 sen pun tak bayar lagi. Muka tak malu pulak, datang rumah tanya ada lagi tak tudung baru? Please la, nak bagi. Geram sihhhh.

Now aku tengah kumpul modal balik. Ada perancangan yang lebih baik. Hutang? Maaf. Tetttttt.

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang