Jatuh cinta kerana loghat!

"Pala otak hang!" (Kepala otak kau)
"Dok buat lagu tu nak mampuih kot" (Buat macam tu, nak mati kot)
"Aku buh penampaq naya ja" (Kena penampar free je)

Ini adalah diantara loghat versi utara. Ramai yang cakap orang utara ni bahasanya kasar-kasar. Aku admit, memang loghat utara ni jenis straight to the point. Sometime, kedengaran agak kasar. Actually bagi kami, orang utara memang dah biasa dengan style pertuturan macam ni. Taklah sekasar manapun. Aku dengan senang hati nak remind, bahasa sahaja yang agak kasar bukan perlakuan okeh! Definitely!

Tapi ada juga someone yang cakap, loghat utara ni best. Macam berlagu-lagu je. Aicehhh iye ke? Guess who? My fiancee la. Dia orang johor. Salah satu sebab mula nak berkawan dulu kerana loghat penang ni haaa. Marah pulak orang johor nanti. Actually loghat johor pun best jugak. Macam "macho" gitu. Sweet jugak. My fiancee kalau marah, mesti tukar gelaran "awak-saya". Orang penang kalau marah tukar "hang-aku" dah. 
  
Lagi satu, maybe lidah aku ni dah sejak azali sebati dengan loghat utara. Tak kiralah kemana pun "tibai" ja loghat utara. Jangan pulak yang tanya, kenapa aku menulis tak show pun loghat utara? Emmmm, kalau menulis pun guna loghat utara alamat tak paham la korang. 

Tapi kan, aku paling suka kalau dengar loghat kelantanese! Suka sokmo deh.

Korang suka loghat apa?

Sometime orang utara ni suka menyindir "cara halus"..






 
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang