Mak segala-galanya

Tempat kerja aku dengan rumah hanyalah 6.4km. Lebih kurang 10minit tempoh perjalanan. Kalau rempit, tak sampai 5minit dah parking depan rumah. Maka oleh itu, ewah ayat  setiap hari aku akan lunch di rumah untuk menikmati masakan Mak. Sometime tu terfikir jugak, dah nak nikah dah aku ni. Tapi still harapkan Mak. Encik tunang pun dah tegur, nanti dah nikah jangan biar Mak susah payah sediakan makanan. Kalau tak sempat masak tengahari, makan je luar.




Hello, ini tak bermaksud aku ni tak pandai masak. Ewah, perasan! Selalunya, untuk makan malam aku akan take over masak. Ok bukan nak cerita pasal aku. Entry kali ini, nak cerita pasal Mak. Selalunya, kalau aku balik tapi tak sentuh makanan. Mak mesti akan soal seperti aku ada buat kesalahan berat.

Kenapa tak makan?

Kenyanglah Mak.

Makan apa tadi, kenyang sampai sekarang?

Makan kuih 3biji, makan nasi goreng Mak pagi tadi. tudiaaa banyaknya makan!

Betoi ni kenyang lagi?

Betoi.

..... see, macam mana nak kurus? Aiseyyy, sebenarnya dialog diatas cuma menceritakan betapa kasihnya Mak untuk anak dia. Walau ada yang ucap dia sayangkan kita lebih daripada nyawa dia. TIPU! Cuma kasih seorang Mak je yang sayangkan anak dia lebih daripada segala-galanya. I love u so much, Mak.


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang