Masalah alergik

Ishhh tensionlah dengan kulit super duper kering ni. Tak tahu nak guna produk apa. Tensionnya! Ada orang suggest guna produk apa semua aku try. Tapi still tak menjadi. Lotion sentiasa standby dalam handbag. Tak pernah miss. Ditambah pula dengan dugaan masalah alergik. SERIOUSLY tersangat tak cantik kulit aku. Parut merata tempat kesan daripada bekas alergik.






Seronok tengok orang yang jenis kulit gebu dan lincin. Kadang teringin nak tukar ke produk lain, amalkan kolegen bagai. Tapi apakan daya, kalau tukar suka hati merana badan lah. Sampai sekarang masalah aku tak settle lagi. Kalau makan silap pun jadi jugak. Dalam tempoh 15-20 minit selepas makan mesti akan rasa gatal-gatal dan kulit jadi merah-merah. Arggghhhh tension gilos.


Paling menyesal tukar deodarant! Serius, menyesal sangat. Sampai sekarang tak ok lagi ketiak aku. Jadi kering, mengelupas dan merah-merah kesan garu. Arghhh tak tahu nak sapu apa dah. Kalau siapa ada suggestion nak jugak cuba. Kalau datang rasa gatal, dah macam beruk tergaru-garu. Huhuhu


Tapi sekarang aku dah tukar sabun mandi. Guna sabun Oilatum Bar rasa ok sikit, kulit pun tak kering sangat. So far, alhamdulilah ok la sikit daripada sebelum ni.



Sekarang masih tercari-cari alternatif untuk hilangkan gatal-gatal dan ubat untuk hilangkan parut. Tak tahu nak buat apa dah dengan masalah kulit aku ni.


Sedih. +_+
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang