Monolog




Menarik nafas panjang.
Jari menaip tiap bait kata.
Otak ligat memproses terbitan kata dari ilham.

Bukan senang nak mengarang.
Setiap kata karangan hati.
Rasa terbuku bukan sama.
Ada waktu gundah gulana.
Ada waktu ceria bahagia.

Hawa manusia tidak sama.
Hati manusia juga tidak sekata.
Takdir juga berbeza-beza.
Nak kata apa, hanya yang sama.
Setiap manusia tidak sempurna.

Bagai parody zaman IT.
Manusia nampak diri sempurna.
Dedah aib orang saja.
Gila, taksub hukum sini-sana.
Nak kata apa?
Aku pun kadang sama..


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang