Sijil SKM hilang

Dah banyak hari rasanya aku tak menaip dan update blog. 2 3 menjak ni rasa busy gilos. Banyak perkara nak kena hadap dan settle. Artwork pun banyak kemain. Bertimbun-timbun nak kena settle. Huh. Tapi alhamdulilah, dalam kesibukan bagai dapat satu e-mail dan surat dari SPA untuk interview Pembantu Penyediaan Makanan gred N17. Ada juga yang suggest supaya aku fikir betul-betul nak pergi interview ni. Katanya, takkan aku nak pergi kerja macam tu dan yang paling penting gaji confirm tak tinggi macam sekarang! Whatever la, kalau ada rezeki aku harap dapatlah. Janji kerja under government. Mudah-mudahan lah. Ameen.


 Oleh kerana tak nak kelam-kelibut nanti aku dah prepare semua dokumen yang diperlukan. Sijil-sijil yang aku rasa dapat membantu semua aku dah gali keluar. Tapi malangnya sijil SKM aku hilang. Arghhhh satu fail yang keep semua sijil boleh hilang. Tinggal sijil spm, surat berhenti sekolah dan sijil-sijil anugerah je yang ada. Tension gilos. So, first aku call pesyarah aku. Kot-kot pihak institut boleh membantu. Tapi sayangnya diorang tak boleh buat apa-apa. Encik aku cadangkan directly call JPK WILAYAH UTARA.


Berdasarkan apa yang pegawai tu cakap, aku kena download borang untuk permohonan sijil hilang dan akuan sumpah disini. Yup, prosedur untuk pohon semula sijil SKM yang hilang seperti berikut :

Prosedur Permohonan sijil ganti bagi SKM / DKM / DLKM / PC

1. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil 3/2012 yang bersidang pada 28 Mac 2012 telah memutuskan bahawa pertukaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Peringkat Tinggi ke Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)Tahap 3 telah dimansuhkan. Justeru itu pemegang SKM Peringkat Tinggi yang berhasrat untuk pertukaran ke SKM Tahap 3 bolehlah menggunakan kaedah PPT.

2. Semua permohonan sijil hilang perlu menggunakan borang JPK/SG/h4. Pemohon hendaklah mengemukakan bukti pemilikan SKM/DKM/DLKM terdahulu sebelum menjelaskan bayaran permohonan. Mana-mana permohonan yang tidak disertakan dengan bukit pemilikan seperti yang disyaratkan akan ditolak dan bayaran fi tidak akan dikembalikan.

3. Semua permohonan sijil rosak perlu menggunakan borang JPK/SG/r1. Pemohon perlu memulangkan sijil asal bersama-sama dengan permohonan

Muaturun Dokumen Berkaitan

Borang JPK/SG/r2 ( Sijil rosak dan kesilapan cetakan sijil )
Borang JPK/SG/h4 - kemaskini 14092012( Sijil hilang )
Surat Akuan Sumpah( JPK/U/1022 ) 

Tempoh masa untuk dapatkan semula sijil adalah selama 30HARI waktu berkerja. So, memang tak sempatlah! Cara yang paling senang, aku bawa copy sijil tu ke Institut untuk pengesahan sebagai surat sokongan.




Wish me Luck!! 
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple