Uniform pink


Selfie di opis! With my pink uniform. Gegurl abes~

2 3 menjak ni rasa macam nak tukar kerja lain. Rasa macam nak mencari pengalaman baru. Sekarang umur aku dah 24 tahun. Kalau boleh nak cari kerja, dan "setia" dengan kerja tu sampai pencen. Haaa tudiaa perancangan makcik. Kemas tak? Sebenarnya, aku ni bukan jenis kerja, resign, kerja dan resign. Aku kerja disini pun sejak habis study sampai sekarang. Dah nak masuk tahun keempat.

Why nak resign? Macam aku kata tadi aku nak cari pengalaman baru. Yalah, kalau lagi 4 5 tahun baru nak cari pengalaman orang nak ke ambil aku kerja? Sementara usia muda ni lah nak cari kerja untuk menambah  pengalaman. Eh muda ke? hewhew ~  Bila usia dah menginjak ke usia 30an nanti, waktu tu bukan nak cari pengalaman dah. Waktu tu kena stay kerja dan kerja, yalah tanggungjawab pun dah bertambah kan?

Actually, senang nak dapat kerja. Tapi susah nak serasi dengan "gaji" dan "skop" kerja. Serius, aku cakap! Memang senang nak dapat kerja. Kalau nampak je, jawatan kosong try apply. InsyaAllah ada feedback. Tapi setakat ni, belum jumpak lagi dengan pekerjaan yang serasi dengan aku. Oh ya, lupa nak cakap. Aku ni minat kerja bahagian pekeranian. Tapi, lepas ni kalau pergi tempat lain dah takmau apply graphic designer, nak cuba-cuba apply jawatan baru. Yalah, kan kata tadi nak cari pengalaman?

Lagi satu, yang paling penting selain daripada nak cari pengalaman. Aku nak cari pekerjaan yang "basic" lebih sikit daripada sekarang. Honestly, nak cari pendapatan lebih. Nak guna duit!

Selalunya, masa dok mencari-cari ni susah nak dapat jawatan yang sesuai. Nanti kalau dah dapat, baru ada offer lain.

Bismillahirahmanirahim, wish me luck!


Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang