Yang baik ada buruk

Jadi manusia ni, kadang kita selalu expect yang baik-baik walaupun kita adalah manusia yang SERBA KEKURANGAN! Sudah tentu, ya aku pun tahu jadi orang mesti sentiasa pandang sudut positif. Wajib fikir perkara yang baik-baik dan harap yang baik-baik. InsyaAllah, kesan pun baik-baik.

Tapi sebagai manusia, yang serba kekurangan jarang ada yang suka dengar tentang kelemahan dan keburukan diri sendiri. Ramai yang suka, jika ada yang menutur dan menyusun kata yang hanya "baik-baik" tentang dirinya. Walaupun ucapan dan kata yang disusun daripada penutur adalah nista dan hipokrit semata. Ya aku pun sama! Of course lah, sebab aku juga manusia.


Tak kemana hanya tetap di tangkuk lama, jika anda adalah si makan bodek. Tak boleh terima pendapat orang, tidak boleh ada teguran. Apa yang aku akan buat jika berdepan manusia macam ni? Straight to the point. Tapi tak lah sampai menghina. Sekadar teguran. Tapi hanya di antara aku dan dia.

Bagi aku setiap teguran adalah motivasi bagi aku untuk move forward. Langkah dan langkah lebih jauh dan perbaiki setiap kelemahan yang ada. Yalah kita tak perfect right?

So, jadi orang kena fikir negatif dan positif. Jangan harap 100% sempurna belajar terima setiap tohmahan yang orang berikan. You get what I means?




2 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang