Aktiviti Labour Day

Happy Labour day buat semua yang bergelar pekerja! Memandangkan hari ini adalah public holiday so aku, my fiancee dan sepupu sepapat bersepakat nak menggagau kerang. Yupp, kitaorang ni kan budak kampung so setakat turun ke laut menggagau kerang tu kira normal la. Actually aku tak turun pun. My fiancee dan sepupu je yang turun. hewhew.

Sebenarnya, my fiancee tu bukan biasa pun aktiviti macam ni. Tapi dah stay kat kampung kena ikut cara kampung la kan. Kadang kesian jugak. Tapi kadang lucu pun ada. My fiancee takut kulit gelap, turun ke laut pun pakai cap. Haha.

Kita pergi menggagau kerang dekat Jeti Batu Musang, Batu Kawan. Actually, tempat ni cantik sangat! Sesuai untuk akitivi photography,  berkelah dan macam-macam lagi. Kalau ada kesempatan datang sini, jangan lupa try mee udang, pergghhhh sedapp.

Ok korang layan je la, gambar-gambar yang tak seberapa ni. Gambar-gambar ni aku snap di kawasan pantai sebelah pulau sini aje k. Ada lagi kawasan sebelah jeti sana yang lebih cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah.

Mee Udang, tapi korang kena pegi seberang sana.
Ke Pulau Aman

Nampak tu, kawasan ni la orang menggagau kerang

Aktiviti riadah

Public holiday kan, ramai yang datang rilex dan bersantai

Hasil yang tak seberapa
Nampak tu diaorang tengah mencari siput apa ntah. hehe

Dulu sebelum tempat ni glamor macam sekarang, banyak sangat
Korang boleh dapat kerang. Sekarang dah kurang.
Apapun, alhamdulilah ~

Picture agak blur. Hasil search at en google

Sekian..
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang