Aku penagih

  Assalamualaikum

KOPI. Kalau ada yang cakap minum kopi boleh hitam. Akulah manusia yang akan berubah menjadi hitam dari ke hari. Entah kenapa kalau dalam sehari tak minum kopi, perasaan ni rasa gelisah. Rasa macam diseru-seru namaku. Ecehh, sebenarnya aku ni dah boleh dikategori penagih kopi dah.


Macam mana boleh ketagih? 

Sebenarnya tiap kali tiba waktu tidur, jarang pula nak boleh lena. Tapi bila kat opis, mata ni asyik nak terpejam ja. So, untuk menghilangkan rasa mengantuk yang semacam mintak disorong bantal tu aku minumlah kopi kaw kaw. Menjadi juga! Mata rasa segar bugar. Maybe effect kopi ni bertahan sampai ke pukul 2pagi!! Haaaa, itu kononnyalah.

Kononnya nak bagi hilang mengantuk semasa tengah kerja. 


Tapi sekarang, minum kopi untuk hilangkan rasa mengantuk tu cuma sekadar alasan lapuk. Kadang bangun dari tidur sarapan pun mesti kena ada kopi. Kalau dinner kat luar, kopi ais adalah minuman kesukaan aku. Kalau tak order, tak sah! Ramai cakap kesan buruk kalau ketagih kafein ni. Tapi nak buat macam mana, dah terlanjur jadi penagih?


 Ketagih kafein bukan dadah k. Nauzubillahiminzalik ..

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang