Bukan dengki, penyakit hati

  Assalamualaikum

Kereta mewah.

    Rumah besaaaarrr.

           Duit berkepuk-kepuk.
                            
                          Kerja bagus.
                               
                                        Cantik / handsome, kebabommm.

Bukankah semuanya rezeki daripada Allah. Ya aku tahu kena berusaha dan usaha kalau nak "hidup selesa". Bukan nak jeles atau dengki ke apa. Cuma aku kesal, aku ni tak sekaya mana. Kadang cukup bulan, kena jimat cermat untuk beli keperluan asas. Bukan aku kesal aku tak sekaya dia. Aku cuma kesal dia asyik bercerita tentang "hidup" dia.

 Ulang bercerita beli baju yang berjenama, makan di restoran mewah, kereta besar dan body kalah Angelina Jolie. Kadang aku rasa diperli. Kadang aku rasa dipandang rendah. Aku muak rasa nak muntah. Dah dekat 500 kali kau ulang cerita sama. Aku seakan boleh menghafal skrip yang meluncur keluar daripada mulut kau tu.





Pesan kakak, 

"Adikku, jangan khuatir. Jangan rendah diri. Segala harta yang kita ada, jangan angkuh. Bukan nak jadi milik kita selamanya. Suatu hari, jika Allah nak tarik balik, semuanya boleh hilang sekelip mata. Yang dinamakan rezeki kita adalah makanan yang masuk ke dalam perut dan diproses menjadi darah daging kita. Itu baru namanya rezeki kita. Orang takkan pandang harta kita, perkara yang buat kita dicintai oleh orang lain adalah HATI kita."


Dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” 
Hadith Riwayat Muslim

Pesan kakak,

"Adikku, jika ada yang datang meminta hutang kepada adik dan adik mempunyai simpanan yang lebih teruskan dan berilah hutang untuk manfaat kearah kebaikan. InsyaAllah adik akan mendapat keberkatan yang dijanjikan kerana memberi hutang lebih baik daripada memberi sedekah".


Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?......"

(Surah al-Baqarah ayat 245)




Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang