Dihina kerana rupa

 Assalamualaikum

Tingginya hidung seseorang tidak sesekali menggambarkan ketinggian budi. Eh ada kena-mengena ke? Bagi aku, ada!

Rupa paras yang dianggap sempurna adalah, jika dia mempunyai sebatang hidung yang mancung, sepasang mata yang besar, sepasang bibir yang mungil dan merah, berkulit putih, dan sepasang kening yang lebat dan terbentuk kemas. Tapi korang boleh jamin ke, hati dia "terbentuk" cantik juga?


Story :

Ada seorang hamba Allah ni yang dia memiliki sebentuk hidung yang kelihatan agak kembang dan tidak cantik. Ke mana saja dia pergi pasti akan ada yang mentertawakan hidung dia. Sampaikan ada yang sanggup directly tegur dan mentertawakan dia. Dasar manusia kurang sensor! Bayangkan perasaan hamba Allah ni. Hinggakan ada satu waktu dia berasa sangat-sangat rendah diri dan malu nak keluar rumah dan bergaul dengan orang.


MasyaAllah, salahke kalau dia berhidung pesek dan kembang? Patut ke kalau dia tak disegani kerana rupa parasnya? Apa yang aku boleh katakan, apabila bergaul dengannya aku rasa selesa dan gembira. Kerana, dia begitu menjaga lidahnya. Tidak ada sedikitpun malah tidak pernah sekalipun dia menyakiti hati sesiapa kerana kata-katanya.

Tak cantik tak apa
Tapi hati jangan ikut tak cantik sama

Allah tak pandang rupamu kawan
Allah pandang hati kau dalam sana

Biarkan apa orang kata kawan
Asalkan kau jaga tingkah dan kata

Allah suka
Orang tak suka
Bukan manusia berkuasa nak letak kau di syurga atau neraka

Jangan sedih
Kadang manusia yang menghina pun
Tak lah segak mana.

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang