Mengeji yang keji

Assalamualaikum

Perghhh tajuk entry pun dah berbau keji. Btw, makin maju zaman makin macam-macam hal. Kes yang mencerminkan tahap pemikiran orang zaman sekarang so kesiannnn. Yang paling latest kes si anak comel dipenggal kepala ekoran misi membalas dendam pada si emak. Kesian adik Siti Soffea Emelda, 2 tahun yang meninggal dalam keadaan yang menyayat hati. Anak-anak yang kecil dan comel diperlakukan sebegitu kejam.


PENDAPATAN aku, memang ramai yang mengeji si pembunuh! Of course memang keji. Tapi, disebalik kejadian yang berlaku kita ambil satu pengajaran. Kita tidak dapat membaca hati orang lain. Takdak skill yang tepat untuk kita pelajari dan fahami hati orang lain. Memang takdak! 

Tahap kewarasan orang pun kita sukar nak duga. Maksud aku maybe dia ada tekanan jiwa or else. Oleh itu, kemana saja kita pergi dan dengan siapa saja kita bergaul  pandai-pandai la kita menjaga lidah dan perlakuan kita. Ingat kawan, kadang ada orang jenis pendam dan pendam dalam hati. Sampai satu waktu meletopppp, nak jadi apa jadilah. Dia tak dapat kita, keluarga atau orang yang kita sayang jadi mangsa.

Throwback, kes pembunuhan kejam adik Nurul Nadirah Abdullah, (5 tahun) yang dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012 dan mayatnya yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Johor juga dikatakan kemungkinan berunsurkan dendam peribadi terhadap keluarga mangsa menjadi motif utama kes pembunuhan.


Al-Fatihah
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang