Oleh kerana CADBURY

Assalamualaikum



Selepas ditemui DNA babi dalam cadbury aku agak terkejut + terkilan. Mana tak terkejutnya, berapa banyak dah aku telan. Bila stress cari coklat cadbury. Bila merajuk, cari coklat cadbury. Almaklumla hantu coklat. Terkilan dengan pihak yang terbabit. Macam mana boleh ada logo halal tanpa pemantauan? Lagipun jenama cadbury bukannya setahun dua di Malaysia ni.

Dekat wall FB aku ni penuh dengan status Cadbury dan Rokok yang disahkan ada tuuuttt.

Ada juga status mempertikaikan. Kononnya DNA babi dalam coklat tak seteruk dalam rokok! What the ...!!!

Bagi aku perokok hanya golongan tertentu walaupun jumlahnya banyak. Tetapi coklat pencintanya umum.

Tu anak-anak kecil tu, berapa banyak yang coklat lover? Baik lelaki mahupun perempuan berapa banyak yang coklat lover? Golongan makcik, nenek cuba berikan 1 atau 2 bar cadbury. Aku pasti jarang yang menolak. Kecuali mereka mempunyai penyakit diabetes yang kronik.

Jangan pulak ada yang komen, "aku tak suka coklat". Entry ni cuma pendapat secara rawak.


p/s : Rasa macam serik nak makan coklat dah!




Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang