Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

SERAM : Jeritan misteri

Imej
Assalamualaikum.
Kali ni aku nak share something yang meninggalkan tanda tanya bagi aku. Sebenarnya aku masih agak blur mengenai kejadian ni. Ok pendekkan cerita macam ni ..

Ada satu malam tu aku tumpang tidur dekat rumah sepupu aku (rumah bujang). Macam biasa, kami akan bentangkan tilam kat hall dan tidur beramai-ramai. (3 orang je).

Malam tu mata aku ni rasa mengantuk gila. Belum pukul 11 malam lagi dah tersengguk-sengguk tahan ngantuk. Last terlena macam tu je. Agak dalam jam 3pagi macam tu, aku rasa macam ditindih. Mengantuk punya pasal nak buka mata pun dah tak mampu. Aku mengiring ke arah lain. Dalam nak lena balik tu, rasa macam ditindih sekali lagi.

Entah apa kepeliknya aku siap mimpi lagi. Dalam mimpi tu kononnya aku mengadu kat sepupu aku yang aku ni, tak bole tido asyik kena tindih je. Sepupu aku senyum je kat aku. Aku cakap kat dia, aku nak azan lah kuat-kuat. Rimas tak bole tido. cepat-cepat, sepupu aku cakap, jangan azan nanti "ada" yang marah!&quo…

Tukang Rumah di Penang

Imej
Assalamualaikum


Untuk keterangan lanjut bole terus call en Said tu yee. Beliau tersangatlah peramah dan senang di bawa berunding. Hasil kerja beliau juga memang tiptop dan berpuas hati.


Soooo tak cerdik!

Imej
Assalamualaikum
Budak-budak sekarang (julat umur 13-19tahun) bila orang tegur cepat sangat melenting. Bole pulak balas, kalau nak tegur pi surau?? What kind of people laaa. soooo tak cerdik! Nak buat baik kena pegi surau, nak jadi jahat tempatnya anda BEBAS pilih di mana anda suka. See, so bengap! Meninggalkan komen dengan mengutuk orang adalah sangat-sangat patut dibanggakan pada zaman ini. Terutamanya apabila anda mendapat banyak like dan komen-komen bahlul yang turut menyokong kenyataan anda!!

Apabila seseorang menegur anda tentang sesuatu kebaikan. Jangan sesekali memperlekehkan. Kalau rasa "berguna" ambil sebagai kata ikthibar jika tak, just tinggalkan.

Kesian aku dengan pemikiran budak-budak ni. Memang best siaa troll atau guna ayat sarcasm ni terutama troll tentang "malaysia masih aman". ehemmm.

Tapi yang tak tahan nak muntah apabila terbaca balasan komen budak-budak ni. Lain yang orang tegur, lain yang diaowang paham. Mungkin akal belum akil baligh…

Suka Sangat!

Imej
Assalamualaikum
Suka sangat tengok anak Shera Aiyob dan Zahiril Adzim ni. Nadi Anaqi comey sangat-sangat. Geramnya tengok matanya. Cantik! Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan comel ye Anaqi.











Semoga keluarga ini, sentiasa bahagia dan dirahmati.

Lagu kisah rakyat

Imej
Assalamualaikum


Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba

Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next …

2ND GIVEAWAY SAYA NAK STRIPED SKIRT

Imej
Assalamualaikum

SAYA NAK STRIPED SKIRT SEMOGA MURAH REZEKI SAYA

Giveaway Beads & Pearls June 2014

Imej
Assalamualaikum

Hari ni buka je blogger kat feed naik je "Giveaway Beads & Pearls  June 2014". Apalagi join je cepat-cepat mana tau kalau ade rezeki kan. Boleh pakai masa akad nikah nanti ye tak? Nampak macam cantik je, macam sweet je.
Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut:
Tempat pertama: Shawl Manik, Lace dan Swarovski Stones (Warna Hitam)Tempat kedua: Shawl Manik, Lace dan DMC Stones (Warna Hijau Tiffany)

Give Away ini akan berlangsung sehingga 8hb -21hb June 2014

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

Imej
Assalamualaikum
klik banner untuk penyertaan
**Perhatian 30 Pemenang dicariSetiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambarCara pemilihan pemenang melalui Random.org 

Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

EZRA (Basic Strappy Wedges) let go~

Imej
Assalamualaikum



Brown/Light Khaki Basic Strappy Wedges by EZRA 
- PU upper - Heel measures 4.9" and platform measures 1.4" - Open toecap - Adjustable pin buckle ankle strap -Size 38

Kasut ni beli sebab teringin nak pakai wedges. Konon nak nampak gadis sangat~ Nak nampak tinggi TERUTAMANYA. Tapi sayang, dah dekat beberapa bulan, tak pernah sekali pun jejak ke tanah. Almaklumlah tuan kasut, gayat. Bila sarung ke kaki jadi terlalu tinggi KONONNYA. 5  inci katakan.

So, sekarang nak let go ja. Sehabis murah RM50 include postage (boleh survey kat Zalora) KLIK SINI Kotak kasut asal dah dijadikan kotak hadiah sempena Hari Bahagia Sahabat. Adapun kotak Zalora ajelah~

Siapa yang berminat pm .. https://www.facebook.com/nursafirah.ahmad





Didikan perosak

Imej
Assalamualaikum



Aku nak bagi pendapat, sekadar perkongsian melalui pemerhatian dan pengalaman. Orang sekarang, sayang anak melampau-lampau. Anak kan, siapalah yang tak sayang. Tapi sebab terlampau manjakan anak sampaikan anak naik lemak dan kurang ajar. Kalau ada yang tegur si anak, di tarik muka sampai kelat. Last orang biarkan saja. Orang tegur sebab peduli. Sebab taknak anak bangsa, terhanyut ke landasan yang tidak betul.
Budak zaman sekarang, ramai yang suka berlagak macam orang dewasa. Apa diaorang buat semua betul. Siapa tegur, di bash teruk-teruk. Boleh ke hidup kalau berlagak nak mati. Nak jadi apa anak muda? Nak jadi anak muda tiada masa depan? Dah tu, kalau ditegur cuba terima teguran sebaik-baiknya. Orang tua nak kita elok budi pekerti, senang di dunia dan akhirat nanti.
Yang jadi masalah sekarang, bila mak bapak yang caring lebih anak si jiran. Anak si polan tu macam ni, macam tu. Anak sendiri, macam malaikat, macam emas ditatang sayang. Tapi sebenarnya di belakang, macam…

Tak suka ke kalau Izrail?

Imej
Assalamualaikum
Hari tu duduk lepak kat rumah dengan kawan aku. Kebetulan masa tu ada anak buah sekali. Anak buah aku tu memang suka sangat kalau duduk tengah-tengah kitaorang. Manja katakan. 
Kami ada juga tersentuh topik, kalau kahwin nanti nak letak nama anak apa?
Aku : Kalau boleh aku nak letak nama anak aku satu pangkal nama ja. Contoh, kalau perempuan nak letak nama Sarah ja. Takmau la aku nama panjang-panjang.
Kawan aku : Kalau aku nak letak nama .. Siti bla bla bla ~ (aku dah lupa daaa)
Aku : Emmm, kalau lelaki aku suka sangat nama Mikhail. 
Kawan aku : Kalau perempuan?
Aku : Kalau perempuan aku tak terfikir lagi. Aku fikir lelaki ja. Aku suka sangat nama Mikhail tuuu
Anak buah aku selamba je mencelah?
Anak buah aku : Kenapa mama cyak tak letak nama Izrail?
Aku dan kawan aku : Erkkkkkk
Anak buah aku : ustazah kata malaikat ada nama, Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, ...... (dan dia menyebut satu persatu nama malaikat yang lain)
dan... anak buah aku sambung lagi. "kenapa …

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Imej
Assalamualaikum

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 8 kepada akak Syuhada dan pasangan. Semoga perkahwinan akak dan suami sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.
Sempena ulangtahun beliau yang ke-8 dengan pemurahnya beliau ingin menganjurkan Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com yang bermula pada hari ini 3hb Jun 2014 sehingga 30hb Jun 2014.
Ayuh kita sama-sama meriahkan GA ni. Syarat nak join pun simple habis.

Azam di Ramadhan

Imej
Assalamualaikum


Tinggal lagi berapa hari je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Entah kenapa tahun ni rasa macam tak excited pun nak beli baju raya. Kalau tahun lepas, dah siap tempah pun. Mungkin sebab perancangan lepas raya tu yang buat aku lebih lebih excited. InsyaAllah mohon dipermudahkan.
Ramadhan ni harap-harap menjadi plan untuk berdiet disamping menunaikan rukun islam yang keempat ni. Macam tahun lepas lain pula jadinya. Boleh dikatakan setiap hari aku ke bazar Ramadhan. Emmm, bukan tambah slim tambah besar lagi adalah.
Ni dah masuk 24tahun pun. Ubah sikit perangai tu Firahhh! Cubalah berazam nak ambil kesempatan di bulan yang penuh barakah ni untuk menambah pahala tu. InsyaAllah, doakan aku yaaa supaya berubah.


Aku nak susah dulu

Imej
Assalamualaikum
Semalam jumpa kakak. Macam biasalah ada saja pengajaran dan nasihat yang aku akan dapat. Kakak seorang wanita yang kaya dengan kata nasihat dan sangat-sangat bersederhana. Jom aku kongsikan agar kita sama-sama mendapat manfaat.
 Kata kakak, kalau manusia biasa hidup susah suatu hari kalau dia senang InsyaAllah dia takkan menjadi bongkak dan sombong.
Kata aku, ada juga kakak. Saya pernah jumpa manusia yang biasa hidup susah, apabila berkahwin dengan lelaki kaya dia menjadi wanita yang bongkak dan asyik bercerita mengenai kekayaan dia. 
Kakak lantas memotong, biarkan dia. Ingat adik, manusia yang sombong dan riak akan rugi 2 perkara.
1 Allah tak suka

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” 
(Luqman : 18)
2 Manusia pun benci
Pesan kakak

Takpa dik kita susah sekarang. Mula-mula nak berdiri melutut dulu, …

Alhamdulilah rezeki bulan JUN

Imej
Assalamualaikum
Alhamdulilah, akhirnya dan buat pertama kali aku menang GA! Yeaaaayyy for me!! Terima kasih tak terhingga kepada HESTA kerana menganjurkan hadiah iaitu HESTA Facial Treatment Set Ajaib yang bernilai RM250 setiap satu!



Sebenarnya aku memang tercari-cari produk yang sesuai untuk merawat masalah kulit kering dan kusam aku ni. Mana tau kan, hadiah ni merupakan "penawar" bagi kulit aku ni. Kalau serasi, insyaAllah aku akan teruskan penggunaan produk ni. Mana tau kan?

Terima kasih sekali lagi yeee >_<

KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI PRODUK KECANTIKAN HESTA




Nak nikah tapi tension

Imej
Assalamualaikum
InsyaAllah dan semoga Allah mempermudahkan urusan aku dan encik tunang. Ameen. Perghhh malam-malam boleh mengarang entry mengenai hati dan perasaan. Serammm siottt. haha
Ok, sebenarnya saja ja nak cerita tentang perkembangan diri yang agak peribadi dan bukan dikategorikan sebagai rahsia dan bukannya apa-apa. Nak officially umum date tu tak berani lagi. InsyaAllah aku dan encik tunang sedang kearah menguruskan segala dokumen yang perlu untuk menukar status kami, ke married. Ehem2. InsyaAllah. Jangan lupa doakan untuk kami yeee.
Perkara yang paling agak tension untuk ke arah tu, adalah mengenai berat aku. Tension laaa macam mana nak jadi pengantin yang cun dan melecun kalau berat macam ni. Ada tips? Share kat bawah k. Sangat-sangatlah dihargai.