Aku nak susah dulu

Assalamualaikum

Semalam jumpa kakak. Macam biasalah ada saja pengajaran dan nasihat yang aku akan dapat. Kakak seorang wanita yang kaya dengan kata nasihat dan sangat-sangat bersederhana. Jom aku kongsikan agar kita sama-sama mendapat manfaat.

 Kata kakak, kalau manusia biasa hidup susah suatu hari kalau dia senang InsyaAllah dia takkan menjadi bongkak dan sombong.

Kata aku, ada juga kakak. Saya pernah jumpa manusia yang biasa hidup susah, apabila berkahwin dengan lelaki kaya dia menjadi wanita yang bongkak dan asyik bercerita mengenai kekayaan dia. 

Kakak lantas memotong, biarkan dia. Ingat adik, manusia yang sombong dan riak akan rugi 2 perkara.

1 Allah tak suka

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” 

(Luqman : 18)

2 Manusia pun benci

Pesan kakak

Takpa dik kita susah sekarang. Mula-mula nak berdiri melutut dulu, lepas tu berdiri separuh pinggang, dan seterusnya baru berdiri tegak. Kalau terus kita berdiri tegak, nanti takut sakit pinggang.

Kata-kata kakak buat aku tersenyum.
Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang