Didikan perosak

Assalamualaikum




Aku nak bagi pendapat, sekadar perkongsian melalui pemerhatian dan pengalaman. Orang sekarang, sayang anak melampau-lampau. Anak kan, siapalah yang tak sayang. Tapi sebab terlampau manjakan anak sampaikan anak naik lemak dan kurang ajar. Kalau ada yang tegur si anak, di tarik muka sampai kelat. Last orang biarkan saja. Orang tegur sebab peduli. Sebab taknak anak bangsa, terhanyut ke landasan yang tidak betul.

Budak zaman sekarang, ramai yang suka berlagak macam orang dewasa. Apa diaorang buat semua betul. Siapa tegur, di bash teruk-teruk. Boleh ke hidup kalau berlagak nak mati. Nak jadi apa anak muda? Nak jadi anak muda tiada masa depan? Dah tu, kalau ditegur cuba terima teguran sebaik-baiknya. Orang tua nak kita elok budi pekerti, senang di dunia dan akhirat nanti.

Yang jadi masalah sekarang, bila mak bapak yang caring lebih anak si jiran. Anak si polan tu macam ni, macam tu. Anak sendiri, macam malaikat, macam emas ditatang sayang. Tapi sebenarnya di belakang, macam pocong terlepas ikatan. Macam pelesit, merasuk si dara. Macam hantu, tak punya jiwa. Tegur anak dulu, jangan anggap anak kita serba sempurna. Anak orang serba tak kena. Aissshhhh, apa lah guna jadi manusia. Dia kata orang boleh, bila orang kata balik tarik muka.


Aku kata apa yang aku nampak depan mata. Cara orang kita didik anak. Habis rosak anak bangsa.



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit dibahagian vagina semasa hamil

Kad jemputan perkahwinan simple

Sijil SKM hilang